
Tuang Cuka Dan Tabur Bahan Ini Untuk Bersihkan Dapur Jadi Berkilat Macam Baru
Sebab biasanya dapur di rumah jarang bersih begini, pasti akan ada kesan minyak hitam yang melekit selain sisa sisa masakan yang melekat di celah dapur.
Melihat perkongsian Dapur Pak San yang berkilat macam baru ini ramai yang tertanya-tanya apa tip yang digunakan.
Supaya dapur di rumah kita pun bersih begini, ini tip yang dikongsi oleh Dapur Pak San.
Ramai bertanya dan nak tahu cara untuk kilatkan dapur seperti baru.
Ini caranya:
Guna cara ini supaya dapur bersih, berkilat macam baru
1. Tabur baking soda dan garam atas dapur.
2. Kemudian sabun cecair cuci pinggan. Lumur seluruh bahagian dapur supaya bahan tadi kena semua tempat.
3. Selepas sapu rata, tutup bahagian dapur yang dilumur tadi guna tisu dapur.
4. Kemudian tuang cuka, pastikan cuka meresap dan basah. Biarkan dalam 1 jam, selepas itu buka dan gosok guna besi pengosok periuk. Insya-Allah kotoran degil atas dapur senang bersih.
Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq.
Nak bersihkan belakang kuali dan periuk pun boleh gunakan cara yang sama.
Sumber: Dapur Pak San
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply