Hasil Memang Puas Hati Ini Cara DIY Sendiri Lampu Studio Di Rumah Jimat Kos Dan Mudah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Hasil Memang Puas Hati Ini Cara DIY Sendiri Lampu Studio Di Rumah Jimat Kos Dan Mudah

Sebenarnya, nak DIY lampu studio tak susah mana pun. Boleh buat di rumah dengan hanya bermodalkan RM30 sahaja. Hasilnya sama macam di studio! Wahhh. Jom kita cuba perkongsian lelaki ini di laman Fbknya.

Kalau pergi ke studio untuk tangkap gambar, mesti korang pernah nampak lampu yang terang tu kan? Hasil gambar memang terang dan cantik kerana menggunakan lampu yang disediakan di studio itu.

Hasil:

CARA DIY SENDIRI LAMPU STUDIO

Di bawah ini aku kongsikan cara buat studio light yang simple tapi sangat berguna untuk mereka yang nak shoot foto produk. Kalau korang nak beli yang proper untuk fotografi pun lagi ok sebenarnya. Dekat Lazada atau Shopee pun banyak dijual dengan harga yang reasonable.

Cumanya tak semua orang sanggup untuk membeli lighting accessories ni kerana takut terbazir duit jika tak berjaya hasilkan foto yang menarik.

Kelebihan studio light cara DIY ni ialah korang boleh shoot product gaya white background, boleh buat lighting untuk still life photo, dan boleh guna untuk shoot video.

Ini foil container yang bulat, diameter dalam 25cm. Foil bulat ni akan jadi base untuk sambung pada lampu Ikea. Kat tengah foil tu potongkan ikut line merah. Saiz potongan kena ikut size cover socket lampu Ikea.

Beli sebiji aluminium foil tray yang paling besar. Saiz yang dalam 60cm x 40cm. Kemudian buat lubang ikut marking merah tu. Saiz lubang jangan melebihi diameter foil container yang bulat tu.

Plastik sampah color putih size XL untuk dijadikan cover lampu.

Ini lampu Ikea yang dimaksudkan.

Pot0ngkan kedua-dua tray tadi begini. Foil bulat tak boleh keluar dari lubang tray petak sebab lubangnya sengaja dikecilkan sikit saiz. Ini memudahkan kita untuk rotate softbox lampu.

Cabut corong cover lampu ikea. Mentol perlu terkeluar begini supaya cahayanya terkena keseluruhan foil. Foil yang berkilat akan menambahkan lagi jumlah cahaya dalam softbox nanti.

Potong plastik sampah putih mengikut saiz yang sesuai dengan tray dan balut hingga kemas untuk membentuk softbox.

Seterusnya sambung bahagian tray bulat yang dipotong tadi dengan cover socket lampu Ikea.

Gunakan pita pelekat atau masking tape untuk sambungannya.

Pastikan balutan plastik tadi mempunyai ruang atau lubang untuk memudahkan pemasangan mentol.

Gunakan mentol jenis LED 13watt ke atas, warna cahaya Cool Daylight.

Dah boleh start shooting gaya still life.

Kos beli barang untuk studio light DIY ni pula dalam RM30 saja. Semua barang tu aku beli kat Mr.DIY. Kecuali lampu Ikea tu je yang mahal sebab terpaksa guna base frame dia. Kalau korang ada alternatif frame lampu lain yang menjimatkan, boleh guna.

Sumber: Hazrezal Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*