Buih Tetap Banyak Boleh Tahan Hingga 5 Bulan Ini Tip Ganda Sabun Cuci Pinggan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Buih Tetap Banyak Boleh Tahan Hingga 5 Bulan Ini Tip Ganda Sabun Cuci Pinggan

Rutin basuh pinggan mangkuk ini kita buat setiap hari kadang kala sampai 4-5 kali. Jadi sabun atau cecair basuh pinggan ini memang perlu sentiasa ada.

Tapi kalau nak jimatkan penggunaannya boleh ikut tip yang dikongsi oleh شهيد شهداء Dari 1 liter sabun boleh yang tahan sebulan boleh diganda jadi 5 liter dan tahan selama 5 bulan. Jimat banyak kan!

TIP

1. Refill guna bekas yang sesuai, lagi bagus guna semula botol sabun pinggan yang memang dah habis tu.

2. Guna seperti biasa. InsyaAllah kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal.

3. Yang penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak. Selamat mencuba untuk lebih jimat.

Tip jimat sabun basuh pinggan

Ni bukan pasal resepi masak tau tapi nak kongsi tips jimat sabun pinggan untuk suri rumah. Jimatlah juga belanja dapur kan. 800ml sabun, kita boleh gandakan menjadi 5 liter sabun.

Katakan 1 liter sabun tahan guna sebulan, 5 liter tahan 5 bulan. Ok tak?

Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai.

Tambah 2 bahan ini saja

  • 5 liter air
  • 800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna Sunlight)
  • Garam paket kecil (anggaran secawan).

Gaul dalam baldi atau bekas besar yang sesuai. Siap…!

Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml… Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi dua sukatan di atas ).

Sumber: شهيد شهداء

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*