
Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Masak Nasi Tanpa Kanji, Ini Cara Mudah Yang Boleh Ikut
Antara ungkapan yang sering kita dengar juga ialah kalau mahu kurus dan diet, nasi merupakan musuh utama kerana kandungan kanji yang tinggi dan akan menganggu proses penurunan berat badan.
Nasi merupakan makanan ruji di Malaysia dan juga negara lain. Kalau di negara kita, bermula sarapan pagi sudah dihidangkan nasi seperti nasi lemak, nasi kerabu dan lain-lain.
Oleh itu, pengguna Fbk dikenali sebagai Noreez Rahmat ada berkongsi satu trick untuk memasak nasi tetapi secara sihat. Kenapa lebih sihat? Kerana kanji dalam nasi tersebut telah dikurangkan. Kena cuba la nampak gayanya..
WANITA INI KONGSI CARA MASAK NASI TANPA KANJI
Cara masak nasi sihat tanpa kanji. Mudah dan murah. Jom cuba.
1. Biarkan mendidih dan separuh masak
2. Rebus beras dengan air yang banyak
3. Kemudian, buangkan air kanji dan bilas menggunakan air dari paip air
4. Selepas itu, toskan nasi dan masak dalam rice cooker. Jangan tambah air ok
5. Bila dah masak, gemburkan nasi dan sedia untuk dihidangkan
Masak macam ni lebih mudah sebab tak perlu nak letak air dan tak perlu sukat air. Nak buat nasi goreng nanti pun cantik je kejadiaanya. Untuk diet memang lagi sesuai. Selamat mencuba!
Sumber: Fbk Noreez Rahmat
Leave a Reply