Kaedah Mudah Dan Cepat Buang Background Gambar Tanpa Download Apps

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Kaedah Mudah Dan Cepat Buang Background Gambar Tanpa Download Apps

Kadang tu dah siap ambil gambar baru perasan ada yang ‘memgganggu’ di bahagian latarbelakang. Atau mungkin ada antara kita yang selalu jual online ni terfikir macam mana cara buang background gambar tu tanpa guna software canggih macam Photoshop apa semua.

“Alahai, ada pulak benda yang tak berkenaan dekat belakang gambar tu. Macam mana cara nak remove background gambar ye?”

Bagi yang belum tahu, ada 1 website ni yang membolehkan kita buang background tu dengan percuma.

Jadi, benda ni akan lebih senangkan kerja korang nak edit gambar.

Jom kami kongsikan caranya:

CARA REMOVE BACKGROUND GAMBAR PALING MUDAH & CEPAT

Anda mahu ‘remove background’ pada gambar anda? Sebenarnya ada cara mudah untuk lakukannya dengan mudah walaupun hanya dari handphone saja.

Anda juga tidak perlu susah-susah muat turun aplikasi untuk edit dan buang ‘background’.

Jom kita belajar cara buang background dengan kaedah paling ringkas.

LANGKAH 1

Pergi ke laman web remove.bg

LANGKAH 2

Tekan ‘Upload Image’ untuk mulakan.

Pilih gambar yang anda ingin buang background dari handphone gallery anda.

LANGKAH 3

Anda boleh ‘preview’ gambar yang telah dibuang background dan ‘compare’ dengan gambar asal sebelum download.

LANGKAH 4

Jika anda sudah berpuas hati, tekan ‘Download’ untuk simpan gambar. Gambar tersebut akan disimpan dalam format png.

SIAP!

Dah selesai pun remove background. Kejap je kan?

Selepas anda download, gambar tersebut bolehlah di’edit’ menggunakan aplikasi seperti Paint atau Adobe Photoshop melalui laptop, atau aplikasi lain di handphone seperti Canva, Inshot, Snapseed dan sebagainya.

Contoh di bawah ini menggunakan app ‘Inshot ‘ untuk tambah ‘background’.

Anda juga bebas untuk menggerakkan atau besarkan saiz objek dari gambar tersebut. Biasanya cara ini juga boleh digunakan untuk ambil gambar produk.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh gabungkan beberapa gambar yang telah dibuang ‘background’ ke dalam satu gambar. Terpulanglah bagi yang nak buat seni kolaj ikut kreativiti.

Contoh di bawah ini menggunakan app Canva untuk gabung gambar dan tambah ‘background’ baru.

Cukup mudah dan praktikal bagi yang minat ‘edit’ dan upload gambar dengan sentuhan kreatif. Senang saja rupanya untuk buang background dan editkan gambar ikut kreativiti. Bila ada kelapangan, anda boleh praktikkan cara ini.

Anda juga tak perlu muat turun aplikasi tambahan semata-mata untuk buag background yang tidak diperlukan.

Boleh juga tonton video tutorial di pautan ini:

https://www.facebook.com/watch/?v=550514195943114

Hanya upload ke remove.bg dan dapatkan imej yang anda inginkan.

Mudah sangat! Selamat mencuba.

Sumber: Siraplimau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*