Tahi Cicak Terlalu Banyak Tepi Tingkap Guna Kaedah Ini Untuk Atasi Mudah Dan Jimat Kos
Euww! geli sangat bila tengok taik cicak bertaburan kat tepi tingkap, kat lantai. Kakina memang geli dengan cicak. Tapi, tiap kali balik kampung, kena cuci taik cicak.
Sudah pelbagai cara digunakan untuk hapuskan tahi cicak terutama sekali di bahagian tingkap rumah, tetapi tak menjadi. Setiap hari terpaksa cuci tahi cicak ini kerana risau anak-anak yang masih kecil mungkin akan masukkan ke dalam mulut mereka ketika bermain.
Jadi, terdapat satu perkongsian di laman Fbk tentang cara berkesan nak atasi masalah tahi cicak di rumah guna 3 bahan sahaja. Jom cuba!
GUNA 3 BAHAN INI ATASI MASALAH TAHI CICAK

Biasa lah rumah kampung banyak cicak. Pasang perangkap pun tak pupus. Ada je yang datang mengunjung. Tak mau berpe rang dengan cicak, lebih baik cari jalan elak dari cicak buat 0nar di tepi tingkap dan lantai. Kita buat spray penghalau.
BAHAN
- 1/3 Cuka makan
- 1/3 Air
- 1/3 Cecair pencuci pinggan
Campurkan semua bahan ni. Spray je kat kawasan yang biasa kena onar dan tempat persembunyian cicak. Boleh juga spray untuk halau semut.

6 LAGI TIPS / PETUA & CARA HALAU CICAK
Selain cara di atas ni, boleh juga cuba beberapa lagi cara nak elakkan cicak berkampung kat rumah kita, seperti yang disenaraikan di bawah ni:
1. GUNA KULIT TELUR

Letak beberapa kulit telur dekat area tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh masuk. Boleh han curkan dan tabur sekeliling tingkap. Cicak tak suka dengan bau kulit telur ni.
2. GUNA BULU BURUNG

Lekatkan bulu pelepah burung kat tempat masuk cicak. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat kan dinding jadikan perhiasan.
3. JAGA KEBERSIHAN RUMAH
Pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila ada sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat yang menjadi makanan cicak.
4. LETAK UBAT GEGAT

Letak dalam kabinet atau laci. Tapi laci/ kabinet berisi makanan tak digalakkan.
5. Guna pelekat perangkap lalat

Boleh beli di Eco.
Sumber: Roslina Hashim / Hani Mynis
Leave a Reply