Ruangan Rumah Kecil Sukar Untuk Sidai Baju Ikut Kaedah Ini Tak Payah Pening Kepala

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ruangan Rumah Kecil Sukar Untuk Sidai Baju Ikut Kaedah Ini Tak Payah Pening Kepala

Nak sidai dekat mana pun tak boleh dah. Atas kerusi makan pun penuh dengan baju-baju. Lagi-lagi kalau jenis duduk rumah tinggi bertingkat-tingkat tapi tiada balkoni. Tak akan nak sidai baju bawah rumah. Susahkan kalau ruang kecil tapi baju banyak.

Jangan risau, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang pengguna Tktk telah berkongsi bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini. Jom kami kongsikan.

TEMPAT SIDAI BAJU, JIMAT RUANG DAN SENANG!

Menurut perkongsian wanita dikenali sebagai Hajar Radzi, dia membeli alatan tersebut di Shopee dan sangat memudahkan untuk menyidai baju dalam kuantiti banyak.

Tambah Hajar, penyidai tersebut sangat berbaloi kerana talinya diperbuat daripada besi dan bukannya plastik yang mudah rosak. Selain itu, kepanjangan penyidai sebanyak empat meter itu amat memudahkan kerjanya untuk menyidai pakaian secara banyak. Menariknya, jika tidak mahu menggunkan penyidai tersebut, anda boleh menarik tali dan simpan semula tali besi itu.

WAH MENARIKNYA!

Menjengah ke ruangan komen, sudah pastinya ibu-ibu yang lain turut teruja dengan penyidai itu. Ada juga yang sudah menggunakan penyidai itu sejak dahulu lagi. Wah senang ye selepas ini? Tak payah pening-pening nak sidai di mana. Selesai satu masalah.

Sumber: Tktk Hajar Radzi / Siraplimau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*