Guna Dawai Spring Masalah Boleh ‘Settle’ Jika Saluran Air Tersumbat

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Guna Dawai Spring Masalah Boleh ‘Settle’ Jika Saluran Air Tersumbat

Tunggu dulu, jangan sesekali anda guna besi atau apa-apa sahaja benda tajam ke dalam saluran air yang tersumbat! Hal ini kerana, anda mungkin akan berdepan dengan situasi dimana saluran air tersebut akan pecah. Lebih tinggi kos yang anda perlu tanggung, kerana berkemungkinan untuk p3cah.

Oleh itu, terdapat satu perkongsian dari Ben Safwan dimana anda boleh menggunakan dawai spring yang boleh dibeli di kedai serbaneka Mr.DIY.

SALURAN AIR TERSUMBAT? GUNA DAWAI SPRING MR.DIY

Kemahiran ini mungkin berguna pada yang belum tahu, ibu tunggal, pasangan berjauhan atau sesiapa sahaja yang belum ada pengalaman. Kalau saluran paip tersumbat, ini langkah awal boleh dibuat sebelum anda panggil tukang sebenar. Salah satu dari beberapa cara yang ada di ruangan komen. Banyak info yang boleh anda perolehi di ruangan komen di bawah.

JANGAN SESEKALI JOLOK DENGAN BATANG PENYAPU BENDA KERAS PADA SALURAN AIR.

Nanti p3cah, banyak kerja dan kos tinggi. Pergi hardware/Mr DIY cakap nak dawai spring bagi salur air tersumbat. Ada 3 meter dan 5 meter. Pilih. Saya pilih yang 5 meter tapi potong spring depan yang lembut sebab susah nk masuk ke saluran. Tinggalkan sikit je yang lembut lebih kurang sejengkal.

Jol0k hingga masuk ke saluran. Guna lah 3-4 cara agar dia masuk. Dah masuk, putar wayar. Dia sekali datang dengan pemutar manual. Saya pakai drill. Baru puas hati wayar berbelit menangkap punca tersumbat. Saya kepitkan hujung dia dengan chuck drill dan ketatkan.

Tapi ianya sesuai untuk saluran yang jenis lurus ya untuk digunakan bersama drill. Kalau tak yakin/tak nampak saluran air camna, putar je manual pakai tangan.

Putar je sampai air mula mengalir. Putar sampai puas hati dan secukup rasa. Dah tengok laju, cuba curahkan air sebaldi besar tengok kelajuan turun. Dah ok, tarik wayar naik. Siap.

Ini bukan putus tapi saya potong bahagian lembut tu. Supaya senang jolok dala saluran paip. Tinggalkan sejengkal je lebih kurang.

Harap bermanfaat.

Sumber: Ben Safwan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*