Tak Mudah Rosak, Bersih Dan Bebas Kvman Ini Kaedah Betul Cuci Air Fryer Di Rumah

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Tak Mudah Rosak, Bersih Dan Bebas Kvman Ini Kaedah Betul Cuci Air Fryer Di Rumah

Sejak vi ralnya menu-menu yang boleh dimasak menggunakan air fryer, ramai dalam kalangan mak-mak yang sudah mula beli air fryer. Bila dah digunakan untuk masak, pasti kita perlu mencuci peralatan selepas sahaja digunakan bukan?

Kata orang, kalau nka basuh air fryer ini ada caranya yang tertentu, kalau tidak mudah rosak. Oleh itu, salah seorang pengguna di laman Fbk ini berkongsikan cara dan teknik yang betul untuk anda basuh air fryer tanpa merosakkan peralatan tersebut.

CARA BERSIHKAN AIR FRYER DENGAN BETUL SUPAYA TAK ROSAK

Hari ini kita kongsikan cara membersihkan Air Fryer kita. Semenjak aktif dalam group ini, saya pun menerima banyak PM untuk menanyakan saya cara saya membersihkan Air Fryer.

Hah! kebetualn saya nak membersihkan Air Fryer hari ini lalu terfikir untuk membuat video ini. Harap perkongsian saya memberi serba sedikit manfaat kepada semua!

Peralatan Yang Diperlukan:

  • Cuka Buatan
  • Soda Bikarbonat
  • Span Lembut
  • Sabun Cuci Pinggan
  • Kain Bersih
  • Berus Plastik

CARA-CARA CUCI AIR FRYER DENGAN BETUL

1. Pastikan air fryer betul-betul sejuk dan dah ditutup suis.

2. Keluarkan bakul jaring dan letak di tepi.

3.Ambil tisu dan lap sisa-sisa makanan di sekeliling kawasan dalam supaya memudahkan proses anda mencuci nanti. Kemudian, masukkan kembali jaring ke dalam bakul.

4. Didihkan air dan gunakan air panas ini dituang ke dalam bakul air fryer. Ini bagi memudahkan sisa makanan tertanggal, rendam selama 3 minit. Jangan guna span besi basuh pinggan kerana akan mengeluarkan ‘coating’ jaring bakul.

5. Masukkan satu penutup cuka dan suku sudu soda bikarbonat. Kemudian, goncangkan seketika bakul air fryer anda untuk mengeluarkan lagi sisa makanan.

6. Sementara menunggu sisa makanan tertanggal, anda boleh menggunakan senduk kayu atau berus untuk cuci bahagian jaring.

7. Tuang air rendaman tadi kemudian cuci air fryer seperti biasa. Pastikan anda cuci bahagian dalam menggunakan tangan untuk mengelakkan ia dari terhakis. Bilas dan siap!

CUCI BAHAGIAN BADAN AIR FRYER

1. Simpan wayar dengan menolak ke bahagian dalam.

2. Baringkan air fryer. Kemudian, basahkan kain dengan air tanpa menggunakan sabun. Bersihkan elemen pemanas dan lapkan ia secara membulat.

3. Lapkan juga bahagian badan air fryer supaya nampak bersih dan kemas!

Sumber: Amanda Tan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*