Masak Sup Jimat Masa, Buat Sendiri Rempah Sup Memang Mudah Dan Tahan Lama
Mesti ramai peminat menu yang bersup ni kan? Nak pula kalau di sediakan sekali mee atau bihun yang di celur mahu bertambah mangkuk hidangan. Namun kadangkala kekangan masa untuk memasak menjadikan hidangan ini bukan menu pilihan keluarga.
Disini kami ingin kongsikan pes mudah yang membolehkan anda menikmati hidangan sup sedap setiap hari. Boleh disimpan dan peti sejuk dan tahan lama. Anda perlu cuba.
Cara Buat Rempah Sup Homemade

BAHAN-BAHAN:
- 1 labu bawang besar dipotong kecil
- 3 ulas bawang putih dipotong kecil
- 2 inci halia dipotong kecil
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 sudu kecil kfc lada hitam
- 1 sudu kecil kfc bunga cengkih
- 2 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar jintan putih
CARA MEMASAK REMPAH SUP HOMEMADE
Masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis diketuk-ketuk terlebih dahulu untuk memudahkan proses mengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar, tambahkan air dan kisar hingga halus. Jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit minyak.
Tuang bahan kisaran ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas kiub ais untuk menjadikan pes berbentuk kiub.

Untuk menggunakannya, masukkan rempah sup homemade anggaran 1 atau 2 sudu makan ke dalam sup mengikut keperluan. Boleh juga masukkan secubit kas-kas untuk menyedapkan sup.

Kredit gambar & resipi: Mas Lieyana via MAHN
Jika anda suka dengan artikel rempah sup homemade ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Leave a Reply