Campuran Belacan Dan Ajinomoto Resipi Baja Organik Suburkan Tanaman
Photo Synthetic Bac teria (PSB) berfungsi menyuburkan tanah dan pokok. Selain itu juga, ia digunakan sebagai baja penggalak bunga dan merawat air di dalam kolam atau aquarium.
Photosynthesis Bac teria (PSB) digunakan scara meluas dalam memastikan kejernihan air kolam bagi penternak-penternak ikan dan udang secara komersial. Sebenarnya, banyak lagi khasiat PSB ini terutamanya kepada semua jenis tanaman.
Antaranya adalah seperti:
- Menambah khasiat pada makanan dan minuman haiwan ternakkan
- Digunakan bagi tujuan mencuci kandang atau reban kerana ia bersifat anti bak teria ( hilang bau )
- Meningkatkan kesuburan tanah dan tanaman ( penyubur semua jenis tanaman memudahkan penyerapan baja melalui akar pokok)
- Boleh dijadikan sebagai penggalak bunga untuk tanaman
- Mengawal kualiti air di dalam kolam atau akuarium
- Produk 100% organik selamat dan sangat mudah digunakan
- Baru-baru ini, Aepang Farmville berkongsi resepi baja mudah untuk menghasilkan PSB.
Resipi Baja Organik Suburkan Tanaman:
- 3 biji telur(hancurkan skali dgn kulit telur)
- 2 sudu ajinomoto
- 1 sudu belacan
- 3 sudu sos ikan
- 5 liter air tanpa klorin
Boleh tadah air paip dan simpan semalaman sblm guna/air mineral/air telaga/air sungai/air terjun dari 7 gunung.
Untuk sukatan tu boleh letak lebih, takde masalah. Kita nak buat resepi baja organik, bukan nak buat adunan kek.
Masukkan semua bahan tersebut ke dalam botol air 5 liter dan goncang. Jemur tengah panas. Jemur selama sebulan atau sehingga telah bertukar warna menjadi “crimson red”.
Buka sedikit penutup supaya ada pengudaraan ketika proses penghasilan bak teria.
Nk cepat sikit, tambah pati PSB (jika ada). Proses akan jadi lebih cepat, dlm 2 minggu dah boleh guna.
Nanti dah jadi, guna 5ml pati PSB dengan 1 liter air tanpa klorin. Kemudian spray baja organik ini pada medium dan bawah daun. Selamat mencuba dan moga berjaya.
Jika anda suka dengan artikel resipi baja organik ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Leave a Reply