Inilah Tabiat Yang Buat Aircond Cepat Rosak

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Inilah Tabiat Yang Buat Aircond Cepat Rosak

Bagi mengelakkan aircond kereta anda cepat rosak, pastikan anda ubah tabiat buruk dan adab semasa berada di dalam kenderaan. Siapa kata aircond kereta susah nak rosak? Kalau anda tak tutup tingkap kereta semasa aircond terpasang, macam-macam boleh jadi.

Antaranya aircond jadi kurang sejuk dan melibatkan kos yang tinggi ketika anda ingin menyelenggarakannya. Sudahnya anda sendiri yang pening kepala nak mmbayar bil selenggaran kereta yang tinggi.

Tidak kiralah apa jua kenderaan, sebagai individu yang akan berada di dalamnya pastikan anda elak 5 perkara ini.

1. BIARKAN KABIN TERLALU BERSEPAH

Ketahuilah jika anda membiarkan sampah dan kotoran bersepah dalam kabin, ia bukan sahaja menyebabkan kenderaan anda nampak bersepah malah debu juga boleh melekat secara berterusan.

Faktor ini memberi kesan kepada aircond kerana debu dan habuk yang terhasil akan masuk dan keluar dari penapis aircond sekali gus membuatkan komponen itu mudah untuk rosak.

2. BUKA TINGKAP SEMASA AIRCOND TERPASANG

Antara kebiasaan yang sering kita buat adalah membuka tingkap kereta terlalu lama biarpun ketika itu aircond masih terpasang. Tindakan ini menyebabkan kompresor terpaksa beroperasi lebih dari biasa untuk mendapatkan suhu yang ideal, padahal tanpa sedar kita sedang membuka ruang yang sangat besar. Jika berlarutan, tidak mustahil aircond dalam kenderaan anda mudah dan cepat rosak.

3. M4TIKAN ENJIN SECARA MENGEJUT

Sebelum m4tikan enjin, sila tutup aircond terlebih dahulu. Jika tidak, semasa mahu hidupkan enjin, aircond terpaksa bekerja secara automatik. Anda perlu tahu bahawa bateri antara terbeban untuk beroperasi semasa enjin dihidupkan.

Disebabkan prestasi bateri tidak begitu maksimum, arus elektrik yang terhasil akan jadi kurang stabil dan perkara ini seterusnya mempengaruhi pengaliran elektrik bagi aircond.

4. MER0 K0K SESUKA HATI

Jangan biasanya diri untuk mer0 k0k sesuka hati termasuk semasa berada dalam kenderaan. Ini kerana asap serta debu dari r0 k0k berisi ko untuk tembus ke bahagian penapis udara dan pengaliran tersebut menyebabkan penapis jadi cepat kotor kerana habuk. Akibatnya, tahap kesejukan aircond dalam kenderaan menjadi tidak optimum.

5. GUNA PEWANGI YANG KURANG SESUAI

Pewangi jenis gel boleh berubah kepada gas dan berwap. Misalnya apabila terkena suhu sejuk, wap tersebut berubah kembali kepada bentuk gel dan boleh menghalang penasi dan evaporator atau cooling coil dalam aircond. Sehubungan itu, anda digalakkan untuk menggunakan pewangi yang bersifat cecair untuk mengelakkan perkara tersebut.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq.

Sumber: Majalah Perdana

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*