Ini Cara Nak Tahu Yis Masih Hidup Atau Tidak, Punca Resipi Anda Tak Menjadi

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ini Cara Nak Tahu Yis Masih Hidup Atau Tidak, Punca Resipi Anda Tak Menjadi

Bagi ibu-ibu yang rajin buat kuih muih, kek atau roti sendiri memang di rumah biasanya mesti ada stok yis ni kan. Yis memang antara bahan penting untuk buat menu sarapan atau minum petang.

Kalau yang kerap buat kuih muih ni memang selalu beli banyak stok yis sebab kadang kala yis ni memang kerap habis di kedai.

Namun, mesti ramai ibu-ibu pernah mengalami masalah resipi tak menjadi walhal dah ikut sukatan dan cara yang biasa di buat. Selain dari kesilapan teknikal ibu-ibu kena juga tahu pasal yis yang digunakan masih elok atau dah m4 ti.

Cara menguji sama ada yis masih elok atau m4 ti: kaedah yeast starter

Yis kering jika disimpan lama akan m4 ti dan tidak dapat mengembangkan doh. Begitu juga jika ia sudah dimasuki angin. Oleh itu, bagi menguji sama ada masih elok atau tidak, kita boleh lakukan ujian yeast starter.

Ujian ini dapat mengelakkan kita kecewa akibat dari menghasilkan roti yang tidak akan naik atau mengembang.

1. Hangatkan cecair yang dinyatakan dalam resepi.

Contohnya, jika resepi menyatakan sukatan air yang diperlukan adalah 1/2C, gunakan 1/2C air tersebut. Anda tak perlu gunakan sukatan air lain (untuk mengelakkan penggunaan terlebih air). Hangatkan biar lebih hangat dari suhu badan tapi jangan sampai anda tidak boleh memasukkan jari anda dalam air; lebih kurang suhu antara 43C – 46C.

2. Masukkan 1 sudu teh – 2 sudu teh gula ke dalam air.

Gula selebihnya boleh dimasukkan ke dalam campuran tepung. Kacau hingga gula larut, barulah boleh dimasukkan yis.

3. Masuk ikut sukatan

Masukkan yis mengikut sukatan yang dinyatakan dalam resepi. Kacau perlahan-lahan hingga yis larut. Biarkan sebentar.

4. Yis mula membi ak

Dalam masa 5-10 minit anda akan lihat satu permukaan berbuih berwarna pe rang di permukaan atas air. Yis anda sudahpun mula membi ak dan mengembang.

5. Bolehlah anda gunakan campuran yis ini di dalam resepi anda.

Pastikan jangan terlebih gaul campuran yis ini ke dalam adunan tepung kerana s3l yis mudah rosak dan m4 ti.

6. Tiada perubahan

Jika dalam masa 15 minit yis masih tiada perubahan (tidak terbentuk buih atau bubble), kemungkinan yis anda memang rosak atau sudah m4 ti. Terpaksalah anda buang dan buat sekali lagi (atau guna peket yis lain)

Sumber : Zachoes

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*