Khasiat Mengamalkan Minum Air Rebusan Nasi Dan Air Cuci Beras
Kalau sudah memang rakyat Malaysia, semestinya tidak boleh lari lagi dari makan nasi. Nasi adalah salah satu makanan wajib bagi rakyat Malaysia, mahupun bangsa melayu, india atau cina. Nasi dikategorikan sebagai karbohidrat, jadi tubuh badan kita semestinya memerluka karbohidrat.
Beras sekarang ada pelbagai jenis antaranya beras putih, beras pe rang, beras basmathi dan lain-lain lagi. Setiap beras ada khasiatnya tersendiri yang boleh kita beli di pasaraya atau kedai runcit. Jadi, setiap rumah mesti ada beras di dapur.
Sebelum kita masak nasi menggunakan periuk nasi elektrik atau masak atas api, perkara utama yang perlu kita lakukan adalah basuh dahulu beras tersebut. Ia bertujuan untuk membuang habuk pada beras tersebut. Tetapi tahukah anda, air rebusan nasi itu lebih baik daripada nasi tersebut?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai khasiat air rebusan nasi. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri.
Apa itu air rebusan nasi?
Air rebusan nasi (tanji) lebih berkhasiat berbanding nasi itu sendiri. Air tajin adalah air yg diambil semasa nasi mendidih. Air nasi kaya bahan coumaric dan ferulik (bahan bersifat antiknser, antidiabe tis dan antioksi dan). Air nasi dari beras pe rang dan beras berwarna didapati tinggi bahan berkhasiat (antioksi dan) berbanding beras biasa
Khasiat air rebusan nasi
Jika seseorang tidak sihat contohnya demam atau diarr hea minumlah air nasi. Air nasi oleh membantu mengatasi masalah angin, sembelit dan diarr hea. Air nasi juga menstabilkan suhu badan dan elakkan dehidrasi.
Bantu kurangkan berat badan. Selepas ini, ketika masak nasi, boleh lah ambil sedikit air rebusan nasi tersebut untuk diminum jika ada masalah sembe lit.
Bagi yang ingin menurunkan berat badan juga boleh minum air rebusan nasi tersebut. Selain tu, jika anak demam dan ingin cepat sihat bolehlah minum air rebusan nasi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Khasiat Air Basuhan Beras
Sebelum kita masak nasi, mesti kita akan bilas dahulu beras sampai bersih, ya dak?? Haa untuk pengetahuan semua, jangan dibuang terlebih dahulu air cucian beras tu tau! Banyak kegunaan yang korang boleh guna sebenarnya. Nak tahu apa kegunaannya?? Jom baca kat bawah ni :
1. Mencerah dan menghilangkan bintik hitam??
Kalau korang nak tahu, air beras sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Selain itu, air beras ini boleh menghilangkan jeragat malah protein yang terkandung dalam air beras dapat meningkatkan produksi kolagen pada kulit kita.
2. Pembersih wajah semulajadi
Ambil air beras yang kali ketiga selepas membasuh beras dan basuh kulit wajah korang. Tepuk-tepuk wajah korang dan biar ia mengering. Jangan lap tau, biar je ia kering sendiri okay! Kemudian, korang boleh bilas dan lihat hasil kulit akan jadi lebih segar.
3. Boleh Hilangkan jerawat
Ambil air cucian beras yang kali ketiga mencuci beras dan basuh wajah korang. Kemudian, biarkan ia mengering. Muka korang akan jadi sedikit pedih dan lama-kelamaan jerawat akan kecut..
4. Atasi masalah kulit berminyak.
Korang cuci ce muka korang dengan pencuci biasa, kemudian bilas dengan air cucian beras. Lakukan setiap hari dan korang akan peroleh hasil yang diiginkan.
5. Cerahkan kulit korang.
Kalau nak putih cepat, basuh muka 2 hingga 3 kali seminggu. Bukan sahaja lebih cerah, kulit korang akan jadi lembut dan halus.
6. Mengecilkan liang pori
Ambil kapas, kemudian korang celup dalam air cucian beras dan sapu pada wajah korang okay! Tekap pada wajah korang secara perlahan-lahan kerana ia akan mampu mengetatkan pori-pori dan ia akan kelihatan lebih kecil.
7. Masker rambut
Korang tuang air cucian beras pada kulit kepala dan biar aje selama 20 minit okay! Lepas 20 minit, korang bilas guna shampoo tau.
Leave a Reply