Isteri Baru Menghilangkan Diri, Bekas Isteri Juga Yang Jaga Doktor Kongsi Kisah Sayu Lelaki Yang Dirawat Di lCU
Zaman sekarang ramai kisah suami cu rang, suami kawin lain, suami poli gami dan ceraikan isteri pertama. Zaman muda, sihat ada duit dan kekuatan boleh kemana sahaja sendirian.. perasaan muda dan ingin berseronok membuak-buak dalam hati. Pada usia ini juga kita diuji dimana lelaki diuji saat mereka berduit.
Isteri pula diuji ketika suaminya susah. Apa yang kita lakukan, kita akan rasakan hasilnya pada hari tua. Jika baik amalan kita ketika muda baiklah juga balasan kita ketika kita berusia, dan jika sebaliknya .. sebaliknya juga lah balasan yang kita akan terima.
Kisah dibawah ini diceritakan oleh seorang doktor yang merawat pesakit dimana pesakit itu dibiarkan keseorangan dan tiada sesiapa pun yang ingin menjaga dan berada disisinya disaat dia terlantar sakit di lCU. Semoga kisah dibawah ini boleh djadikan ikhtibar pada sesiapa sahaja yang membacanya.
Kisahnya begini..
‘Doktor, saya bukan isteri. Tapi saya bekas isteri.’ Wajah wanita itu sayu melihat lelaki yang terlantar di atas katil lCU. Wanita itu dice raikan pada umur 50 tahun, setelah 25 tahun bersama lelaki yang terbaring ko ma diatas katil.
‘Saya minta maaf, boleh saya bertanya anak anak puan di mana?’
‘Anak kami 2 orang doktor, tetapi anak semua dah besar. Mereka tak mahu datang melawat ayahnya’
Kenapa?
‘Sejak kami berce rai anak anak menjauh hati dari ayahnya doktor.’
Dia menangis teresak esak.
‘Jadi siapa waris yang ada sekarang ini?’
‘Dia dah kahwin setahun lepas. Ada isteri baru. Tapi setahu saya isterinya dah lama tinggalkan bekas suami saya sejak kakinya membu suk 2 bulan lalu’
Kepala aku makin pening. Namun, masih bersabar melayankan wanita di hadapan mataku ini.
Di saat lelaki ini terdampar ko ma di atas katil lCU, sudah menjadi tugasku untuk mencari dan mengenalpasti siapakah waris. Segala perihal pesakit, surat menyurat, kebenaran untuk rawatan perlu dibincangkan dengan waris.
Bukan sekali aku jumpa keluarga yang berantakan di lanjut usia. Banyak..
Kenapa?
Kerana lupa diri.
Ramai yang berkata ‘wanita diuji sewaktu suaminya susah, lelaki pula diuji sewaktu dia sudahpun senang’. Itulah yang aku selalu lihat di depan mata.
Wanita yang diceraikan kerana suaminya gelap mata. Bila anak sudah besar, duit sudah tidak kemana. Rezeki pula makin mudah. Kerja dan syarikat syarikat semuanya sudah stabil. Perkeja ramai. Hanya rileks rileks dan kaut untung sahaja.
Masa banyak. Duit banyak. Jadi, hati pun kembali muda. Maka ramailah betina yang tergedik gedik ingin menjadi pendengar setia masalah keluarga.
Mula mula berbual, lepas itu bercerita hal masalah suami isteri. Kemudian perasaan itu berubah menjadi kasihan dan lama kelamaan curang itu semakin dekat.
‘Jadi puan datang ke sini bagaimana? ‘
‘Mak mentua saya yang beritahu. Dia pun tak sihat, kena str0ke’
‘Saya datang sebagai tanda hormat lelaki ini pernah saya hidup denganya berpuluh tahun. Sedih saya lihat keadaannya doktor.’ ‘Tapi saya ini bukan siapa pada dia. Hanya bekas isteri. Menjaga dia pun bukan tanggungjawab lagi. Apa lagi nak buat keputusan bagi pihak dia.’
‘Baiklah puan, puan duduk dan rehatlah di sini. Tenangkan diri’
Aku tinggalkan wanita itu melayan perasaannya. Biarlah airmatanya gu gur.
Keesokan harinya lelaki itu mening gal dunia. Seorang diri, hanya kami yang mengajar kalimat suci ditelinga. Tanpa keluarga. Tanpa isteri… Atau lebih elok disebut bekas isteri. Tanpa isteri muda yang sudah lari. Tanpa anak anak yang menjauh hati.
Tanpa ibunya yang juga sakit, tidak boleh bergerak sendiri. Hanya dia dan kami. Kami kemas jena zah itu untuk dibawa pergi ke bilik ma yat, tanpa waris yang mengiringi.
Entah siapa yang tuntut kemudiannya, saya pun tak pasti.
Tua sepatutnya menjadikan kita lebih dekat dengan keluarga, lebih dekat dengan Tuhan.
Air mata insaf di ICU
Subhanallah, tuhan memerhatikan gerak geri kita, tuhan mengetahui setiap perbuatan kita. Semoga kita boleh mengambil ikhtibar daripada kisah ini. Anda boleh kongsikan kisah ini untuk manfaat orang lain. Siapa tahu dengan perkongsian ini kita dapat memberikan seseorang kesedaran daripada membuat keja hatan.
Sumber: Dr Nurilyani Bujang
Leave a Reply