
Dulu Hanya Kerja Cuci Pesawat, Lelaki Akhirnya Berjaya Jadi Juruterbang Selepas 24 Tahun
Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tidak mengira apa jua bidang, di mana kita berada dan siapa diri kita. Selagi kita f0kus dan ded1kasi dalam mengejar matlamat dalam hidup, pastinya kita akan memperolehi kejayaan dan mencapai impian tersebut.
Biarpun kita mungkin tidak mencapai tahap yang diinginkan dalam hidup, sekurang-kurangnya kita tahu kita sudah mencuba dan dididik untuk berasa yakin dengan diri sendiri. Itulah pengalaman kehidupan.
Bagi yang berjaya bangkit dari kesusahan dan menggapai impian dalam hidup, pastinya menjadi kebanggaan diri dan keluarga.
Demikian jua kisah yang ingin dikongsikan ini, di mana hasrat seorang lelaki untuk menjadi juruterbang akhirnya menjadi kenyataan, selepas dia meletakkan seluruh hidup dan dedikasinya selama 24 tahun untuk mencapai impian tersebut.
Menerusi perkongsian di Twtter, kisah tersebut mula menjadi tu lar apabila Mohammed Abubakar, yang dibesarkan di sebuah perkampungan kecil di Nigeria, Afrika.
Bermula dari tekad sejak lebih dari dua dekad lalu, beliau akhirnya berjaya memenuhi impian untuk bergelar juruterbang di salah sebuah syarikat penerbangan.
Apa yang menjadikannya lebih luar biasa adalah, kisahnya bermula apabila Mohammed diterima masuk ke Politeknik Kaduna, tetapi kerana dia tidak dapat mengemukakan dokumen diperlukan pada waktu sepatutnya, kemasukannya ke kolej ditolak.
Meskipun pasrah, Mohammed tidak membiarkan kegagalan tersebut melemahkan semangatnya dan dia kemudian memohon untuk menjadi pencuci pesawat di lapangan terbang Kabo Air.
Pada masa itu, dia cuma dibayar 200 Nigeria Naira (RM2.28) sehari. Walaupun dengan gaji yang sedikit, dia mengambil kerja itu tanpa pernah mengeluh dan bermula dari bawah namun tetap fokus dan dedikasi terhadap tugasnya.
” Ramai yang percaya bahawa saya tidak akan menerima kerja itu kerana dibayar gaji yang sedikit. Namun saya kemudiannya ditukarkan ke bahagian lebih penting dalam syarikat penerbangan itu.
Melalui perkhidmatan saya di syarikat, saya telah bekerja di hampir semua unit kecuali untuk bahagian keselamatan. ”
Kerja ker4s beliau akhirnya berbalas. Dedikasinya terhadap kerja di syarikat penerbangan itu menyebabkan beliau diberi kepercayaan untuk bekerja sebagai sebahagian daripada kru pesawat oleh pegawai atasan.
Bermula dari situ, beliau tidak berhenti menunjukkan komitmennya dan terus diberi kepercayaan apabila dilantik sebagai pembantu penerbangan penuh di Aero Corporations, di mana beliau ditugaskan untuk memberikan maklumat mengenai jadual penerbangan. Sejak itu beliau telah menerima kenaikan gaji dan mula mengumpul wang.
Dengan duit yang terkumpul, dan sokongan jitu dari pengarah urusannya, Mohamed telah mendaftar untuk menyertai latihan perintis penerbangan di Kana da, di mana dia menerima Lesen Percubaan Swasta yang pertama.
Akhirnya selepas menem puh pelbagai halangan termasuk dari kerajaan tempatan di Nigeria, Mohammed kini secara rasminya merupakan juruterbang penerbangan komersial dengan Azman Air.
Ia sememangnya perjalanan yang sangat lama dan memerlukan banyak peng0rba nan serta kerja ker4s. Tiada apa yang mustahil, hanya mereka yang benar-benar fokus dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi mampu menggapainya.
Daripada seorang pencuci pesawat kepada juruterbang penerbangan, Mohammed adalah bukt1nya.
Leave a Reply