Usah Buka Aib ‘Jaja’ Cerita Rumah Tangga Di M3dia S0sia1

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Usah Buka Aib ‘Jaja’ Cerita Rumah Tangga Di M3dia S0sia1

Kebanyakan isteri atau sesiapa sahaja merasakan dengan meluahkan di me dia sosi al dapat melegakan dan melepaskan tekanan yang dihadapi. Bukan sahaja menceritakan tentang ketidakpuasan kawan-kawan sekeliling tetapi lebih teruk membuka aib tentang pasangan sehingga berbalas-balas komen antara satu sama lain.

Memang benar, dalam rumah tangga banyak dugaan dan cabaran yang berlaku. Boleh jadi ia bermula dengan isu kewangan tidak stabil dan berlarutan sehingga isu dalam kain. Semuanya dilempiaskan di me dia sosi al. Akhirnya, mereka yang sukakan ‘gosip’ atau ‘membawang’ teruja untuk berkongsi dan membuat ramalan tersendiri.

Tahukah anda, perkara-perkara ini boleh dikaitkan dalam mahka mah syariah kerana ada kaitan yang jelas boleh berlaku sama ada dalam k3s pence raian atau selepas berce rai. Ini kupasan yang diberikan oleh Tn Khairul Fahmi Ramli, Peguam Syarie Penang, Kedah, Perlis dan Perak, Tetuan Khairul Fahmi & Associates dan Timb. Setiausaha PGSM Kedah tentang topik ini.

Semasa Perce raian

Bagi seseorang yang suka mengaibkan suami atau isteri di me dia sosi al, ia boleh dinilai sebagai wujudnya pertengkaran atau perga duhan yang serius antara suami dan isteri. Ia disebut dalam Bahasa Arab adalah ‘syiqaq’.

Perga duhan yang mencapai tahap syiqaq ini boleh dibuktikan dengan kata-kata kesat sesama suami isteri yang bertengkar di me dia sosi al pastinya perkara ini sukar utuk dinafikan bahawa rumah tangga sudah mula retak angkara mengadu di me dia sosi al. Jadi, pencera ian itu secara hakam dapat diteruskan dengan mudah sekiranya wujud perkara ini.

Buka Aib Boleh Nusyuz

Perbuatan membuka aib suami atau isteri akan terarah kepada perlakuan nusyuz seorang isteri atau suami. Perbuatan inilah turut mendorong kepada isteri enggan bersama dengan suami atau melarikan diri dari rumah kerana berkecil hati.

Bagi suami pula, mungkin boleh berlaku nusyuz apabila memukul isteri hanya kerana menceritakan aib suaminya pada orang lain. Walau bagaimanapun, membuka aib sesuatu yang buruk tentang pasangan tidaklah sampai ke tahap nusyuz di sisi syarak, cuma ia boleh mendorong kepada perbuatan nusyuz baik suami atau isteri sehinggalah mereka kembali bertaubat kembali.

Pesanan Untuk Isteri

Majoriti yang berlaku untuk mendedahkan isu dalam kain ini selalunya melibatkan golongan isteri dan wanita. Tak dapat dinafikan, wanita memang mempunyai perasaan yang perlu untuk diluahkan dan sukar untuk disimpan di dalam hati.

Sebagai seorang isteri,cuba didik diri agar tidak meluahkan perasaan yang negatif khususnya berkaitan dengan hal ehwal rumah tangga. Contohnya, memaki suami sendiri di me dia sosi al kerana malas bekerja. Pada hakikatnya, memang marah itu akan timbul bila ada suami malas. Tetapi, me dia sosi al bukanlah tempat untuk membuat teguran tersebut. Lebih baik tegur secara berdepan atau pun mengadu pada ibu bapa atau saudara mara.

Jadi, elakkan mengadu masalah dalaman di me dia sosi al atau menulis apa-apa perkara yang mungkin boleh menimbulkan persoalan kepada orang lain yang melihat status anda. Sebaiknya, mengadulah pada bahagian kaunseling pejabat agama, ahli keluarga atau peguam syarie. INGAT! Status anda di media sosial menggambarkan peribadi anda di mata masyarakat.

Pesanan Untuk Suami

Sebagai seorang lelaki, menjadi tanggungjawab yang sangat berat untuknya memelihara maruah isteri dan anak-anak. Ini adalah amanah yang diletakkan kepada seorang lelaki bergelar suami.

Selalunya suami mungkin tidak banyak ceritakan hal ehwal rumah tangganya dalam me dia sosi al. Cuma, mungkin yang selalu dilakukan oleh suami adalah memberitahu rahsia rumah tangga mereka pada kawan-kawan secara peribadi.

Sebagai suami, kita tidak seharusnya menceritakan kepada sesiapa khususnya rakan me dia sosi al. Mungkin kita tidak letakkan di status sosi al secara terbuka, tetapi menceritakan pada orang yang tidak dikenali tidak memberi jaminan bahawa cerita kita tidak akan tersebar.

Sebagai seorang suami, ambil tindakan untuk berbincang dengan baik dan jangan sesekali lari daripada masalah. Elakkan daripada masalah rumah tangga diketahui oleh orang lain khasnya orang yang bukan dari kalangan saudara atau kawan baik. Ini amanah yang berat untuk dipikul.

Ingatlah, tanggungjawab suami isteri ini selain daripada berbuat baik, adalah menjadi kewajipan juga bagi suami isteri untuk memelihara aib atau maruah pasangannya daripada khalayak awam. Kecuali lah, untuk diceritakan kepada Hakim dan Peguam yang akan membawa k3s di Mahkamah untuk diselesaikan.

Tidak perlulah semua perkara perlu diceritakan di me dia sosi al. Kalu ingin mengadu, jumpalah kaunselor pejabat agama, ahli keluarga yang dipercayai seperti ibu bapa atau mentua.

Sumber : jutawanbbn

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*