Ibunya Mem4ki Anak Setiap Hari Tanpa Gagal, Anak Tumpang Kasih Cikgu di Sekolah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ibunya Mem4ki Anak Setiap Hari Tanpa Gagal, Anak Tumpang Kasih Cikgu di Sekolah

“Kau memang anak tak guna! Kau dengan bapak kau sama-sama sya1 tan! Aku ben c1 tengok muka kau!”. Inilah kata-kata yang dihamburkan oleh seorang ibu kepada anak lelakinya, 12 tahun. Sejak kecil, tak pernah sekali si ibu berkata baik kepada beliau.

Semua yang dibuat tak kena di mata ibu. Marah. Marah. Marah. Lepas marah, se tankan anak. Setiap hari. Tanpa kenal erti penat dan penyesalan.

Maka, si anak ini hanya mampu mengadu kisahnya kepada ustazah di sekolah. Diceritakan kisah si ibu yang memben c1nya dari kecil. Beliau keliru, kenapa aku sungguh diben ci ibu. Walau berbuat baik di rumah, tetap tak kena di mata perempuan itu. Maka, diaturkan satu pertemuan antara si ibu dan pihak sekolah.

Ditanyalah oleh ustazah apa sebab si emak memben c1 kemain si anak. Si ibu menjawab, “saya ben c1 tengok muka dia. Bila pandang setiap hari, terus teringat muka bekas suami yang tak guna tu. Saya ben c1!”

Tarik nafas panjang si ustazah. Sempat diurut dada. Maka, beliau menjawab, “Puan, anak tu dah besar. Dah 12 tahun. Sampai bila puan nak sya1 tankan si anak? Memang puan rasa puas ya mak1 anak sampai sekarang?”  Si ibu diam. Tiada respon. Hanya pekakkan telinga. Buat tak tahu-tahu sahaja. Sekali ben c1, selamanya ben c1.

Maka, si anak hanya menumpang kasih guru-gurunya di sekolah. Bila ditanya pernah jumpa ayah tak. Maka, si anak ini menjawab, “Tak pernah. Dari saya lahir tak pernah jumpa. Lari macam tu sahaja. Ni tak lama dapat bapak baru. Mak jumpa kat B1g0 Lve.”

Ini adalah salah satu kisah yang dikongsikan seorang ustazah KAFA kepada saya. Sbak saya mendengar kisah ini. Bertakung air mata. Dan percayalah cakap saya, situasi seperti ini bukan kisah fiksyen, tetapi kisah real yang berlaku di sekeliling kita.

Bukan sekadar dihambur dan menggelar anak sya1 tan, bahkan perkataan ba b1, anak ha ram, anak tak guna, an j1ng dan lain-lain juga disebut. Syukur sebab pihak sekolah ambil peduli setiap permasalahan pelajar. Setiap kali pelajar buat masalah di sekolah, pasti di sebalik semua tu ada kisah kepincangan dalam institusi kekeluargaan.

Kini, budak ini sudah kental hatinya. Lantaklah emaknya nak cakap apa pun. Duduk rumah pun asyik tak kena di mata ibu. Maka, di sekolah KAFA inilah beliau datang setiap malam.

Selain kelas Iqra’ yang dianjurkan, beliau hadir menyumbang bakti membersihkan persekitaran sekolah. Sapu sampah, tolong ustaz dan ustazah dan lain-lain.

Siap cakap lagi, “Kalau ikut hati, saya tak mahu balik dah rumah. Nak tidur di sekolah ni sahaja sampai bila-bila.”

Sedih. Sayu. Tanpa sedar, air mata aku tumpah.

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*