Masa Ayah Ada, Aku Tak Pernah Layan Dia. Bila Ayah Sa kit, Aku Mula Terima Balasannya

Masa Ayah Ada, Aku Tak Pernah Layan Dia. Bila Ayah Sa kit, Aku Mula Terima Balasannya

Assalamualaikum. Pertama sekali aku kenalkan diri aku sebagai Sarah. Aku sudah berkahwin dan ada beberapa orang cahaya mata. Aku cuma nak luahkan rasa rindu yang sangat sarat pada ar wah ayah aku.

Ar wah ayah aku memang baik orangnya, namun kami adik-beradik tidak rapat dengan ayah, kami semua anak-anak mak. Mak ibu yang bekerjaya, semua tanggungjawab di rumah daripada segala belanja anak-anak sampaikan belanja barang dapur mak yang keluarkan duit.

Ayah yang juga bekerja makan gaji tapi kede kut sekali nak hulurkan duit pada mak. Walaupun mak wanita bekerjaya, dia tak pernah jejak kaki ke shopping mall, ayah tak pernah nak bawa mak keluar jalan-jalan. Tapi setiap kali gaji ada je baju baru ayah belikan untuk diri sendiri dan bukan untuk mak. Mak selalu mengadu pada kami adik-beradik tentang perangai ayah sampaikan aku mula menanam be nih keben cian pada ayah.

Aku langsung tak nampak apa-apa yang baik tentang dia. Walaupun ayah banyak jugak habiskan duit untuk aku sepanjang pengajian aku dulu, tapi aku tetap nampak dia ayah yang teruk sebab tak pernah bagi nafkah untuk mak.

Ayah aku pulak langsung tak pandai buat kerja rumah dan tak pernah nak menolong mak buat kerja rumah. Satu apa pun ayah tak reti buat. Malahan basuh baju pakai mesin pun dia tak pandai, goreng ikan pun hangit. Hahaha. Tiap malam dia keluar lepak kat kedai makan, mak selalu marah sebab dia asyik keluar je.

Rupanya ayah pernah mengadu dekat abang aku yang duduk di perantauan bahawa dia sunyi, duduk kat rumah pun tiada siapa yang nak layan dia bercakap, mak dengan anak-anak pun buat tak endah je dengan dia. Bila ayah ada dekat rumah je kami terus masuk bilik.

Kadang-kadang waktu makan, kami diam je bila ayah join makan sekali. Tiada gurau senda di meja makan, masing-masing hanya diam. Selalu jugak ayah makan nasi sorang-sorang kat dapur sebab anak-anak tak sudi nak temankan ayah makan.

Tiap malam sebelum tidur dia akan cucuh r0 k0k dan tengok berita dekat tv1. Kalau aku masih berjaga, dia akan suruh aku buatkan dia secawan kopi panas. Aku dengan muka masam terus jalan pergi dapur sambil hentak-hentak kaki. Masa buat air aku sengaja ketuk-ketuk sudu dekat cawan dengan kuat, saja nak bagi dia dengar, lepastu aku membebel tak henti-henti.

Dia selalu je cakap, “Kalau tak ikhlas tak payah lah buat.” Allah, tersentak kejap aku. Dalam ramai-ramai anak, ayah selalu kata aku yang paling degil, walaupun aku nampak macam lembut.

Aku keras kepala, kalau aku kata A, A lah jawapan dia. Aku yang paling kuat mela wan cakap ayah. Suatu hari tiba-tiba ayah batuk berda rah. Sepanjang malam dia batuk, tapi aku tak pernah nak jenguk ayah yang tidur dekat bilik dia. Aku layankan sangat perasaan ben ci aku dekat ayah sampaikan ayah sa kit pun aku tak sudi nak jenguk.

Semakin ayah na zak, semakin dia tak larat nak berjalan. Kadang-kadang dia terken cing dan terbe rak atas lantai. Sampailah satu malam tu ayah dah semakin na zak, abang bawak ayah pergi hospital. Doktor sahkan ayah ada penya kit k4n s3r dan dah sampai tahap empat. Tiada harapan untuk ayah hidup lagi. Allahuakbar.

Waktu inilah aku baru sedar beratnya dosa aku pada ayah. Melihat ayah pakai lampin, na zak, dan semakin susah nak bernafas, membuatkan air mata aku gu gur juga. Aku selalu minta izin mak nak jaga ayah dekat hospital tapi mak tak bagi. Mak kata ayah taknak aku jaga, ayah nak mak atau anak yang lain yang jaga.

Allahu sekali lagi tersentak hati aku. Betapa ayah kecil hati sungguh dengan perangai aku selama ini. Hinggalah ayah pergi mening galkan kami, tiga minggu ayah berta rung nya wa aku tak pernah berpeluang nak jaga ayah, nak belai ayah, nak tukar lampin ayah. Aku juga tak pernah sesekali berjaga malam untuk ayah.

Beberapa tahun selepas ayah mening gal, aku berkahwin dengan suami aku sekarang. Demi nak menebus salah aku pada ayah, aku cuba menjadi sebaik-baik isteri.

Setiap hari aku tanya suami aku nak makan apa, nak minum air apa. Dan setiap kali aku bancuhkan suami aku air kopi aku hanya menahan air mata daripada mengalir kerana teringatkan ar wah ayah.

Tiap hari aku menghitung dosa sendiri kerana tidak pernah menjaga hati ayah. Aku selalu rindukan ayah. Kalau dia muncul dalam mimpi pun jadilah, tapi dia tak pernah sudi nak muncul dalam mimpi aku. Terkilan sangat dia dengan aku agaknya.

Dan tiap hari aku tanya diri sendiri, kenapa aku layan suami aku lebih baik berbanding ayah sendiri? Kenapa aku tidak buat sebaik ini pada ayah semasa hayatnya masih ada? Kenapa aku biarkan rasa ben ci menutup segala kebaikan ayah di mata aku? Sungguh aku nak sangat ulang semua saat kami bersama dulu. Aku nak jadi sebaik-baik anak untuk ayah. Aku tak akan mela wan cakap ayah lagi. Kalau lah masa boleh diundurkan balik tapi hanya dalam angan-anganku.

Dan sekarang aku pun dapat nasib yang sama macam mak aku. Dapat suami yang baik tapi tak pernah bagi nafkah untuk isteri, ada juga dia bagi tapi boleh dikira dengan jari.

Selalu keluar malam tinggalkan aku seorang diri dengan anak-anak di rumah. Tapi aku cuba sabar, aku sedaya upaya taknak hasut anak-anak ben ci ayah dia sebab aku taknak anak-anak lalui perasaan bersalah sama macam apa yang aku selalu rasa.

Sampai sekarang aku harap sangat nak dengar perkataan ‘ayah maafkan kamu’ dari bibir ayah. Suami aku selalu cakap ayah dah lama maafkan aku, tapi kenapa sampai sekarang aku masih rasa terbeban dengan rasa bersalah?

Kalau Kita Jaga Mak Kita Ibarat Kita Jaga Kunci Pintu Syurga – Ustazah Norhafizah Musa 2018

Buat semua yang masih ada ibu dan ayah, hargailah mereka. Tolong jangan ulang kesalahan yang sama macam aku. Sekian.

Kredit: Sarah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*