Ambil Tahu Perkara Ini Terlebih Dahulu Sebelum Muat Naik Foto Scan Perut Ibu Mengandung

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Ambil Tahu Perkara Ini Terlebih Dahulu Sebelum Muat Naik Foto Scan Perut Ibu Mengandung

Anak muda zaman sekarang selalu memuatnaik gambar-gambar mereka di laman s0s1al. Fbk, Igram, Tw1tter dan macam-macam lagi ruangan me dia sos1al yang mereka miliki. Bagi pasangan muda yang baru pertama kali bakal mendapat cahaya mata pula, pasti excited hendak berkongsi berita gembira itu dengan ahli keluarga dan sahabat handai kan?

Jadi kadang kala, ada yang memuatnaik foto daripada ‘scan perut’ atau dikenali sebagai foto ultrasound rahim ibu tersebut. Jadi, ini persoalan yang timbul daripada seorang rakyat marhaen kepada Mufti Wilayah Persekutuan. Dan seterusnya mendapat maklum balas daripada mufti berkenaan, iaitu S.S Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al BAkri.

SOALAN DARIPADA BAPA YANG MUSYKIL

Salam. Selalunya wanita yang mengandung akan scan perut mereka untuk tengok keadaan bayi dikandung. Apakah hu kum share gambar scan perut tersebut di me dia sos1al?

Jika Allah menyuruh kita menutup aurat hatta bahagian kulit, inikan pula bila kita menyebarkan apa yang berada disebalik kulit kita terutamanya bahagian yang menjadi aurat.

Jazakumullah Dr.

JAWAPAN DARIPADA MUFTI W.P

Waalaikumussalam wbt,

Kami berpendapat hal demikian tidak elok dilakukan kerana bertentangan dengan asal maksud janin itu sendiri. Janin itu berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud ‘perkara yang tersembunyi.’ Justeru, tidak patut ditunjuk-tunjuk kepada orang melainkan ada keperluan seperti urusan perubatan dan pengajaran.

Dikhuatiri akan mengundang fitnah seperti aib dan sangkaan-sangkaan manusia. Walaubagaimanapun, gambar foto bukanlah seperti aurat fizikal yang ha ram dilihat secara langsung, melainkan membawa kepada syah wat dan fit nah.

Begitu juga 0rg4n dalaman manusia seperti hati, jan tung dan rahim bukanlah dalam kategori aurat kerana demikian bukanlah makna perhiasan berdasarkan penjelasan Rasulullah SAW dan para sahabat.

Wallahua’lam.

Jadi pilihan di tangan kita. Bukan lah menjadi kesalahan kepada individu yang ingin berkongsi berita gembira bersama rakan-rakan mereka. Jadi bertindak dengan bijak. Semoga kita menjadi Muslim yang lebih baik. Semoga kita semua dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*