Bukan Nak Takutkan, Selalunya Emosi Orang Bersalin “Cz3r” Ini Meroyan Semuanya Bersebab

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Bukan Nak Takutkan, Selalunya Emosi Orang Bersalin “Cz3r” Ini Meroyan Semuanya Bersebab

Sesiapa yang pernah ikuti perkembangan Juru Urut Bertauliah dan Pengamal Warisan Perbidanan Melayu Lama, Puan Siti Aisyah, dia pernah menulis tentang emosi dan perasaan ibu bersalin cz3r ini apabila rata-rata wanita meroyan yang datang ke pusat rawatannya mempunyai masalah dengan orang sekeliling (kaum keluarga malah suami) yang tidak memahami tekanan selepas melahirkan bayi secara pembedahan.

Mengapa kaum ibu tertekan apabila terpaksa melahirkan anak melalui pembe dahan?

1. Diluar jangkaan proses bersalin yang diidamkan.

Berapa ramai wanita di luar sana yang BELUM BERKAHWIN meletakkan “bersalin secara cs3ct” sebagai salah satu impian dalam hidup mereka?

Pernah kau dengar cita-cita bakal pengantin; “nnti sayang nak lahirkan anak abang seramai 5 orang. Semuanya melalui PEMBE DAHAN.” Ada? Ada?

Jari kena hi ris dengan pisau pun dah meleleh air mata, inikan pula nak tadah perut kena la pah semata-mata untuk keluarkan anak.

Cz3r ni dikira rancangan akhir nak lahirkan anak. Akhir yang macam mana? Akhir sebelum M4 T1!

2. Trau ma dari proses pembe dahan.

Bayangkan. Kau dah sakit berjam-jam. Tiba-tiba doktor beritahu anak kau dah makin lemas. Ok… itu dah satu trau ma. Lepas tu tiba-tiba kau dikerumun oleh pakar perubatan. Cucuk sana sini. Masuk wayar itu ini (wayar pundi ken cing paling az4b). Mereka dok kalut-kalut nak selamatkan kau dan anak-anak kau.

Kau disiap-siapkan dan disorong jumpa suami kau. Suami kau muka blur sebab tak sempat hadam kenyataan kau nak kena be dah. Kau nak bgtau kat suami kau yang apapun terjadi kau sayangkan dia dan anak-anak yang lain (jika ada). Dan kau takut jika itu adalah saat terakhir kau jumpa dan pegang tangan suami kau! Kau terpikir kau tak habis bermanja dengan suami. Kau tak sempat minta maaf dengan anak-anak yang seban hari kau termarah tanpa sedar.

Tapi sekarang kau dalam perjalan 50-50; hidup atau m4 ti.

Kau disorong sorang-sorang (suami tak dibenarkan ikut untuk kes emergency cs3ct) masuk dalam O.T. Kau dengar doktor cerita pasal breakfast nasi lemak. Pastu ada cerita pasal dilwale. Yang kau tengah bertarung minda samada sakit atau tidak kena la pah nanti. Lepas tu bila kau nak dibius, kau tengok jarum epi tu punya besar, kau dah tau yang jarum itu akan masuk ke dalam badan kau untuk biuskan kau.

Melainkan kau dibagi tidur (aku dah merasa kedua-duanya. Aku prefer tidour. Kurang takut. Nak m4 ti pun terus pergi lah kot. Wallahualam. Naizubillah. Takut aku nak pikir)

Kemudian kau dah start rasa ada benda kena tekan-tekan atas badan kau. Tapi kau tak nampak. Kau rasa mereka tolak-tolak badan kau ke kiri. Ke kanan. Ko tak boleh gerak. Masih tak dengar suara baby.

Tapi alhamdulillah…baby selamat. Ok kau boleh lega dah. SEKEJAP!

3. Momen terindah?
Setiap kali orang tgk anak mereka, mereka teringat kali pertama melihat mata si anak sejurus lepas bersalin. Aku? Anak depan aku. Aku tak nampak mata. Blur. Bius. Tidur. Tahu-tahu aku nampak muka doktor dulu. Muka anak? lepas aku dah sedar baru nampak.

Dan bila aku tengok muka anak-anak… aku terkenang cerita trau ma setiap sorang. Momen indah? Aku dapat masa 1st bonding menyusukan anak. Alhamdulillah.

Selain doktor, patutnya aku yang dapat tengok anak aku dulu. Tapi disebabkan aku dibius tidur, nenek, atuk, kakak katil sebelah, makcik cleaner dah dulu melihat wajah yang aku tunggu selama 9 bulan 10 hari. Takde eksklusiviti. Takde surprise. Takde cinta pandang pertama.

4. Jihad penyusuan

Anak kau keluar sihat. Comel. Alhamdulillah. Tiba-tiba, anak kau melalak. Kuat. Nurse datang ambilkan anak letak kat kau. Tapi kau? Kau bertarung kesakitan dengan tempat luka. Kau tengok muka anak kau. Kau nak pujuk. Tapi badan kau tak boleh bergerak.

Bila badan kau dah boleh bergerak, kau nak letak anak atas badan untuk menysukan, terkena perut kau yang baru dila pah. Kau menahan kesakitan.

RIMAS!!!! Aku nak susukan anak aku dengan selesa macam ibu disebelah! Ttp ibu itu bersalin normal!

Dan kau mula tertekan.

5. Mulut pua ka.

Datang mereka-mereka yang menziarahi. Tanya “kenapa cz3r?” Aku mula bercerita perjalann cuba bersalin normal tetapi anak lemas bla bla bla….

Kemudian yang bertanya sambung cakap “pung gung kau kecik sebab tu tak boleh beranak normal kot.”

Maksudnya?

Aku cacat? Sebab tu aku tak mampu bersalin normal? Dan dia pun pulang tertonggek-tonggek dengan pung gung lebar dia yang normal itu tanpa dia sedari dia telah mengguris hati aku. Dan keyakinan aku.

6. Proses Penyembuhan.

Lu ka pembe dahan dan lu ka hati Kau dipaksa berjalan. Untuk elakkn da rah beku. Pedih. Rasa ba dan nak tertang gal dua. Kau dah usaha sebaik mungkin. Tetapi kau tak mampu. Orang mula cakap kau mengada-ngada. Kau baru lepas dipo tong 7 lapis kulit daging dan isi. Kau tak boleh tunjuk kau sakit. Kau kena tunjuk kuat. Kau tak ada ruang untuk menjadi LEMAH. Semasa, even selepas bersalin!

Perut kau berlipat dua tak boleh terus dibengkung rapat ke badan. Melihat badan di cermin saban hari benar-benar menyedihkan. Aku siap menangis mendayu-dayu bila ibu aku bersihkan badan aku sambil cakap “Badan akak dah buruk, bu.”

Dan ibu pujuk,

“Stop crying. Nanti kita pantang elok-elok. Akak akan dapat balik badan lama akak.”

Tapi hakikatnya, tak semudah itu. Berpantang orang cz3r perlu berlebih. Setahun baru dapat saiz badan asal. Masih bersisa ca cat di celah lipatan pembe dahan. Tak sama dengan perut bersalin normal. Sekata dan rata.

Mohon Orang Luar Memahami

Tulis Puan Siti Aisyah lagi, minta sangat agar mak-mak di luar sana faham kenapa ibu-ibu yang bersalin cz3r ni over sensitif. Haaa… bukan saja mengada-ngada tetapi golongan ini juga keliru. Pendek kata mak-mak yang bersalin CZ3R pun tak ada jawapan kenapa “kami tak mampu bersalin normal macam orang lain.”

Jadi sila simpati. Letak empati pada ibu bersalin cz3r.

Kredit: myinfomaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*