Pedih Dan Sakitkan Ulser Mulut Cuba Buat Cara Ini Kalau Ada Masalah Ulser

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Pedih Dan Sakitkan Ulser Mulut Cuba Buat Cara Ini Kalau Ada Masalah Ulser

Sudah dengar banyak petua, cuba beberapa lagi bahan yang mudah untuk didapati dan rawat luka dalam mulut itu segera! Ada kalanya tanpa disedari mulut terasa bisa bila sedang menjamu selera. Tidak hairanlah mengapa pedih itu selalunya datang dari ulser mulut atau juga digelar mata ikan oleh kerana rupanya yang berbentuk bulat dengan luka putih yang membengkak.

Selalunya petua orang-orang tua menyuruh untuk kumur air garam tetapi EH! temui beberapa lagi remedi yang boleh anda cuba untuk redakan ulser ini.

1. Baking Soda

Campur dengan sedikit air hingga menjadi pes dan sapukan pada kawasan ulser biarkan selama 20 minit dan berkumur untuk membersihkannya. Lakukan ini sebelum makan supaya anda dapat makan tanpa rasa sakit lagi.

Anda juga boleh gunakan baking soda dan larutkan dengan air untuk berkumur dengannya. Kandungan as1d yang tinggi dalam bahan ini akan mengelakkan jangkitan bak teria.

2. Daun Salam (Basil Leaves)

Daun ini mempunyai banyak khasiat perubatan. Anda boleh kunyah daun ini untuk kurangkan bengkak dan pedih ulser atau boleh jadikan ia sebagai bahan kumur untuk bersihkan mulut dari infeksi kvman.

3. Bawang

Jus bawang ini mempunyai enzim yang mampu menghalang bak teria merebak serta mengelakkan ulser melarat. Titik jus bawang pada ulser atau makan sebiji bawang sehari untuk redakan kesakitan. Sagat bawang dan perah jusnya dan ratakan pada bahagian dalam mulut. Ulang beberapa kali untuk kesan efektif dan hasilnya mulut bebas ulser dalam masa tiga hingga empat hari.

4. Minum Soda

Air soda mengandungi bikarbonat yang bagus untuk melenyapkan mikro organisme yang menyebabkan ulser itu. Minum soda selepas makan juga dapat membersihkan mulut daripada partikel lebihan makanan yang tersekat di celah-celah gigi.

Bak teria yang menyebabkan ulser mendapatkan tenaga untuk membiak daripada sisa makanan ini jadi pastikan mulut anda sentiasa bersih.

5. Uncang Teh

Basuh dan sejukkan uncang teh yang sudah digunakan. Letakkan uncang pada ulser tersebut kerana teh mengandungi bahan yang bagus untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Letakkan seberapa kali yang anda suka.

6. Dadih

Dadih atau yogurt asli dan sejuk bagus untuk meredakan bengkak serta kesakitan yang disebabkan oleh ulser. Anda hanya perlu makan dadih setiap hari dan sapunya pada bahagian ulser untuk kurangkan sakit. Yogurt mempunyai kultur hidup dengan bak teria baik untuk mela wan jangkitan bak teria.

VIDEO:

Sumber: IndahStory

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*