Kesan Minum Air Masak Berulang Kali

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Kesan Minum Air Masak Berulang Kali

Ramai daripada kita mengambil mudah tentang amalan ini. Lebihan air masak dibiarkan di dalam cerek, yang kemudiannya kita masak lagi berkali-kali.

Ramai juga tidak sedar risi ko amalan ini kepada kesihatan mereka. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Apakah Yang Terjadi Apabila Kita Masak Air Terlalu Lama Atau Berulang Kali?

Ini adalah satu topik penting yang tidak pernah kita pelajari di dalam kelas kimia, namun ia patut diajar. Apabila kita memasak air paip, struktur ki mia air tersebut akan berubah.

Perubahan ini adalah baik kerana kehadiran haba akan menyejat keluar komponen yang tidak stabil dan gas-gas yang terlarut di dalam air. Proses ini menjadikan air yang dimasak lebih selamat untuk diminum berbanding air yang diperolehi terus dari paip.

Sekiranya air dibiarkan masak terlalu lama, atau dimasak berulang-ulang kali, sebatian ki mia di dalam air akan berubah, menjadikan air tersebut lebih baha ya untuk diminum.

Dengan membiarkan air masak terlalu lama, sebatian ki mia yang berada di dalam air masak tidak terha pus, sebaliknya menjadi lebih pekat berbanding sebelumnya.

Perkara yang sama terjadi apabila air dimasak berulang-ulang kali, kerana kepekatan bahan ki mia yang tinggi di dalam air boleh diserap ke dalam badan manusia dan berisi ko kepada kesihatan.

Antara bahan ki mia yang terkandung di dalam sumber air paip termasuklah arsenik, nitrat dan fluorida. Sumber air paip juga mengandungi beberapa bahan mineral, contohnya seperti garam kalsium.

Mineral ini sebenarnya baik untuk kesihatan pada kadar tertentu. Apabila pengambilan melebihi kadar optimum, ia akan menjadi berbaha ya kepada kesihatan.

Air yang dimasak lama atau berulang kali mempunyai kepekatan mineral yang tinggi, memberi kesan negatif kepada buah ping gang manu sia dan berupaya menyebabkan batu karang.

Kesan Destruktif Bahan Ki mia Yang Terkandung Di Dalam Air Yang Dimasak Lama Atau Berulang Kali

1. Arsenik

World Health Organisation (WHO) menyatakan bahawa arsenik adalah anca man terbesar air minuman. Pendedahan kepada arsenik boleh menyebabkan tahap bahan ki mia ini di dalam badan meningkat. Arsenik mempunyai kesan terhadap fizikal manusia, dan berupaya menjadi lebih kro nik, namun bergantung kepada tahap kuantiti yang terdedah.

Antara baha ya tok sik arsenik adalah neuropati periferal, gejala gastrousus, kulit mudah luka, kencing manis, kesan terhadap sistem buah pinggang, penyakit kardiovaskular, dan juga k4n ser.

2. Nitrat

Nitrat boleh ditemui secara semula jadi di merata tempat di bumi, contohnya di dalam tanah, air dan udara. Walaubagaimanapun, bahan ki mia ini boleh menjadi berbaha ya apabila digunakan sebagai bahan pengawet makanan, seperti makanan tin, atau apabila terdedah kepada suhu yang tinggi, seperti air mendidih.

Apabila nitrat terdedah kepada suhu yang tinggi, ia akan bertukar menjadi nitrosamines, yang boleh menyebabkan k4n ser.

Nitrat juga dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti leuke mia, limfoma (non-Hodgkin) dan lain-lain k4n ser 0rg4n, termasuklah k4n ser usus besar, pundi ken cing, ov4 ri, perut, pank reas dan esofagus.

3. Fluorida

Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan tentang kontroversi ki mia fluorida dan kehadirannya di dalam air. Menurut fakta, ia wujud di dalam air dan memberi anca man kepada kesihatan.

Walaupun terdapat bukti tentang kesan baha ya fluorida, kerajaan tetap mendesak untuk membiarkan bahan ini di dalam air.

Berdasarkan kajian daripada Harvard University yang dijalankan selama 22 tahun, terdapat kaitan antara pendedahan terhadap fluorida kepada fungsi sa raf dan kognitif kepada kanak-kanak.

Keputusan kajian berkenaan diterbitkan di dalam jurnal Environmental Health Sciences, dan menyimpulkan bahawa fluorida di dalam air menyebabkan skor IQ kanak-kanak menjadi rendah.

Kajian yang lebih terkini mengaitkan fluorida dengan kadar kemandulan yang lebih tinggi.

Kesimpulan

Menurut Dr. Anne Marie Helmenstine (penulis dalam bidang sains – ki mia, fizik, biologi dan matematik), seboleh-bolehnya, elakkan menjadikan memasak semula air masak daripada menjadi tabiat.

Wanita mengandung dan mereka yang berpenyakit mempunyai risi ko yang lebih tinggi terhadap kesan kepekatan bahan-bahan ki mia di dalam air seperti yang disebut di atas.

Sumber: Iluminasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*