Hias Botol Kaca Sebagai Hadiah Mengikut Tema Majlis Anda

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Hias Botol Kaca Sebagai Hadiah Mengikut Tema Majlis Anda

Penggunaan botol dalam idea memberi cenderahati tampak eksklusif dan ringkas. Tak perlu nak hias berlebihan dan hanya mengikut tema yang anda inginkan.

Bahan-Bahan:

  • Kain renda
  • Kain organza
  • Botol
  • kacang hijau
  • Tag nama
  • Tali guni berwarna putih
  • Gunting

Langkah-Langkah:

1. Potong kain renda membentuk segi empat mengikut ukuran yang sesuai untuk penutup botol.

2. Selepas itu potong tali guni secukupnya.

3. Isi kacang hijau ke dalam botol sehingga penuh.

4. Selepas menutup botol, ambil kain renda dan lapik ke atas kain organza yang turut dipotong saiz yang sama.

5. Akhir sekali, ambil tali kemudian ikat dengan kemas pada penutup.

Jadikan ini sebagai pengurangan kos kita untuk membuat doorgift kepada tetamu yang hadir. Sangat mudah dan senang untuk kita hias. Semoga perkongsian ini dapat menjadikan sesuatu ilmu yang baru ya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*