Cara Bertangas Dirumah Untuk Ibu Yang Baru Lepas Bersalin

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Cara Bertangas Dirumah Untuk Ibu Yang Baru Lepas Bersalin

Tahukah anda apa itu bertangas? Bertangas ini sebenarnya adalah mandi wap. Mungkin ada yang menganggap ia adalah amalan dalam pantang bersalin, namun sebenarnya ia juga bagus untuk dilakukan setiap kali selepas h4id.

Melalui akhbar, Pengurus Spa, Awanis Musa berkata bertangas dapat membantu mengeluarkan peluh serta tok sin dari badan. Bagi wanita bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan rahim dengan cepat.

Perkongsian kali ini adalah daripada Puan Mawar Putih yang memberikan cara terperinci untuk bertangas di rumah.

Jom ikutinya di bawah.

CARA BERTANGAS SENDIRI DI RUMAH AGAR SIHAT LUAR DAN DALAM. BOLEH CUBA!

Menurut Mawar Putih, petua ini didapat daripada seorang makcik. Memang berkesan sebab segala kekotoran dalam rahim akan keluar apabila bertangas. Cara ini juga mudah dan dapat menjimatkan para surirumah.

BAHAN-BAHAN:

  • Kunyit hidup sebesar ibu jari
  • Asam keping 4-5 keping
  • Lada hitam 20 biji
  • Manjakani 5-6 biji
  • Sedikit garam kasar (bergantung kepada besar bekas)
  • Daun sirih 15 keping

CARA-CARA

1. DIDIHKAN AIR

Masukan semua ramuan dan didihkan air di dalam periuk.

2. TUANG DALAM BALDI / BEKAS KHAS

Selepas ramuan dan air dididihkan sekitar 30 minit, boleh tutup api. Tuangkan semua ramuan di dalam baldi atau bekas khas yang boleh digunakan untuk bertangas.

3. DUDUK DI ATAS WAP

Seterusnya, bolehlah kita duduk di atas wap yang keluar daripada baldi itu. Duduk selama lebih kurang 30minit. Insya Allah, segala kekotoran yang terlekat dalam rahim kita akan terkeluar.

Ada yang nak mudah, terus saja duduk atas baldi. Tapi kalau nak lebih selesa, boleh juga gunakan kerusi berlubang dan aturkan bahan seperti dalam gambar ini.

Atau boleh dapatkan kerusi khusus untuk bertangas yang dah banyak dijual di pasaran.

TIPS TAMBAHAN

Untuk mendapatkan kesan wap bahan rebusan tadi secara menyeluruh, boleh juga berselubung menggunakan kain pada paras leher sehingga ke kaki (seperti berkem ban).

Sementara menunggu tempoh 30 minit tersebut, senaman kemutan otot rahim (senaman Kegel) juga boleh dialakukan untuk kekuatan otot alat su lit dan rahim.

Mudah, bukan? Selamat mencuba. Kalau nak share, silakan.

Sumber: myinfomaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*