Tip Penjagaan Air Cond Yang Boleh Kurangkan Kos Penyelenggaraan Dan Memanjangkan Tempoh H4yat

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tip Penjagaan Air Cond Yang Boleh Kurangkan Kos Penyelenggaraan Dan Memanjangkan Tempoh H4yat

Bila penghawa dingin tidak memberikan angin yang sejuk lagi, dan situasi ini sedikit membimbangkan, kerana kos untuk penyelenggaraan penghawa dingin bukanlah murah. Jadi jom semak tip ni.

Bagi mereka yang mempunyai penghawa dingin di rumah sudah pasti sering menggunakannya, lebih-lebih lagi dikala musim panas. Ini bagi memastikan persekitaran rumah sentiasa dingin dan mengurangkan ketidakselesaan kepada anak, khususnya anak kecil.

Dalam pada itu juga, pengudaraan yang ada pula, lebih bersih, bebas dari habuk serta hama. Namun begitu, dalam menggunakan penghawa dingin, tidak terfikir untuk menyelenggaranya setelah lama digunakan. Lebih-lebih lagi jika penghawa dingin dihidupkan dalam jangka masa yang lama dengan suhu yang rendah.

Mungkin pernah terjadi, di mana penghawa dingin tidak memberikan angin yang sejuk lagi, dan situasi ini sedikit membimbangkan, kerana kos untuk penyelenggaraan penghawa dingin bukanlah murah.

Jadi, untuk mengelakkan situasi yang sama berulang, ingin kongsikan pada anda, bagaimana cara penjagaan penghawa dingin agar tahan lebih lama, dan mengurangkan pengeluaran kos. Perkongsian dari laman, Daya Arus Engineering. Jom kita tengok sikit.

TIPS PENJAGAAN AIRCOND RUMAH / PEJABAT

Tahukah anda, ada beberapa tips yg perlu anda tahu supaya aircond tahan lebih lama dan kurang mengeluarkan kos penyelengaraan.

Anda akan jimat kos penyelenggaraan aircond sekaligus menyelamatkan poket anda.

1. Sebelum membuat pembelian aircond baru, pastikan jenama yang dijamin ketahanannyaoleh pengeluar-pegeluar aircond berkenaan. Dapatkan perkhidmatan dari juruservis yang bertauliah. Kenal pasti unit indoor dan outdoor unit berkenaan. Supaya anda tidak terkeliru.

2. Gunakan House Power yang bersesuaian dengan keluasan bilik anda. Cara mengukur keluasan bilik (panjang x lebar x (tinggi x 10) = BTU ) 10,000 Btu bersamaan 1HP.

Contoh 10 x 10 x (9 x 10) = 10 x 10 x 90 = 9,000Btu keperluan hp untuk bilik berukuran ini ialah 1hp keupayaan compressor 9,000BTU

3. Setelah suis utama dihidupkan, tekan butang alat kawalan jauh, setkan suhu kepada 24-25 deg C, biarkan udara bilik sejuk terlebih dahulu, sebelum turunkan suhu ketahap yang lebih dingin, pastikan pintu dan tingkap sentiasa ditutup rapat.

4. Cuci Air filter dengan dengan air, cara membuka Air Filter boleh didapati dalam buku log manual yang disediakan pengeluar. Cuci sekurang-kurangnya 3 minggu sekali atau selewat-lewatnya sebulan sekali.

5. Cuci coil bahagian luar Outdoor dengan air sekurang-kurangnya sebulan sekali. Halakan hos paip dibahagian coil out door yang kelihatan, dengan memancutkan air seberapa ketika sehingga segala kotoran terhakis. Pastikan air tidak terkena bahagian motor kipas.

6. Jika suction paip bahagian luar kelihatan seperti frizzing (membeku) periksa blower indoor sama ada motor blower indoor berfugsi atau tidak. Periksa Air Filter sama ada tersumbat. Jika Indoor berkeadaan baik, berkemungkinan unit mengalami kebocoran gas, hubungi juruservis.

7. Jangan biarkan aircond anda On 24jam kerana ini akan membebankan aircond anda. Setiap lapan jam waktu beroperasi, rehatkan sekurang-kurangnya selama 2-3jam.

8. Jangan biarkan pintu bilik atau tingkap terbuka semasa anda mengunakan aircond, kerana suhu bilik tidak akan turun jika tingkap dan pintu terbuka, ia akan membeban compressor bahagian outdoor untuk mendapatkan suhu yang anda tetapkan.

9. Vacuum hujung hos drain paip dengan mengunakan wet vacuum jika indoor unit anda mengalami kebocoran air. Jika masalah berteruskan hubungi juruservis.

Dalam memastikan anda mendapatkan pengudaraan yang baik, pastikan anda tidak terbeban dengan kos penyelenggaran kelak. Moga-moga dengan tip yang diberikan, dapat membantu anda menggunakan penghawa dingin dengan lebih baik. Semoga bermanfaat

Sumber: Aircond Service

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*