Tahukah Anda Status T4lak Ketika Isteri H4mil. Adakah T4lak Itu Sah Atau Tidak.
Bekas suami saya telah melafazkan ce rai terhadap saya dihadapan adik-adik saya serta bapanya. Ketika itu saya sedang hamil 7 bulan. Adakah sah talak sekiranya dilafaz kepada isteri yang sedang ha mil?
Soal Jawab 1:
Assalamualaikum wbt.
Pada pertengahan Ramadhan lalu, bekas suami saya telah melafazkan ce rai terhadap saya dihadapan adik-adik saya serta bapanya. Ketika itu saya sedang hamil 7 bulan. Adakah sah talak sekiranya dilafaz kepada isteri yang sedang hamil? Walaupun urusan mahkamah dah selesai, tapi saya musykil malahan bukan saya sahaja tapi seluruh ahli keluarga saya ragu-ragu samada jatuh ke talak masa sedang hamil? Pihak Peguam Syarie dan Ha kim tidak pula mengulas lanjut permasalahan ini ketika saya mengajukan soalan yang sama di pejabat agama berkenaan. Mohon penjelasan. Terima kasih.
Waalaikumussalam.
Apa yang kita perlu tahu. Apa pun hu kum talak samada haram, makruh, wajib, harus atau sunat tetap dikira jatuh talak walaupun ia adalah talak yang haram dan berdosa. Haram dan dosa adalah hu kum. Talak tetap jatuh jika suami menggunakan Lafaz Sorih iaitu guna perkataan ‘Talak atau Ce rai’. Jika Lafaz Kinayah iaitu perkataan yang mempunyai maksud yang pelbagai seperti ‘pergi kau dari sini, aku tak perlukan kau’ ia perlukan niat suami tersebut. Ada niat baru jatuh talak.
Bila kita dah faham mengenai konsep hu kum talak ini, barulah kita lihat cara talak tersebut, samada talak melalui lafaz sorih atau kinayah, tulisan (SMS, WhatsApp dan lain-lain), talak secara taklik seperti ‘kalau lambat balik kau tertalak’, talak ketika marah, talak ketika tidak sedarkan diri dan lain-lain keadaan. Yang ini baru kita perlu fikir dan risau sama ada jatuh talak atau tidak.
Talak ketika hamil sememangnya nampak negatif dan ke jam di mata masyarakat. Kau dah pandai buat, kau ce raikan pula time hamil anak kau. Tapi talak ketika hamil adalah talak yang dibolehkan bersandarkan hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam.
Ketika Ibnu Umar mentalakkan isterinya ketika haid, kemudian Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam memerintahkan Ibnu Umar untuk merujuk dan menunggu sampai selesai haidnya dan bersuci. Kemudian beliau bersabda,
ثم ليطلقها طاهرا أو حاملا
“Kemudian ce raikan isterimu, dalam keadaan suci atau ketika sedang hamil.” (Hadith riwayat Ahmad & Muslim)
Imam An-Nawawi dalam kitab Raudhah At- Thalibin berkata: “Dalam keadaan apapun, mencerai wanita hamil tidaklah haram. Talaknya bukan talak bid’ah dan bukan pula talak sunnah.”
Ibnu Qudamah dalam kitabnya, Al-Mughni, berkata: “Ini semua adalah mazhab Imam Syafi’e dan Abu Hanifah. Saya tidak mengetahui adanya perselisihan dalam hal ini. Dilihat dari segi waktu, mencerai wanita hamil yang telah jelas kehamilannya tidak dikatakan sunnah dan tidak pula bid’ah, demikian ini menurut pendapat sahabat-sahabat kami. Pendapat ini merupakan mazhab Syafi’e dan Jumhur ulama.”
Kesimpulannya
Perce raian ketika mengandung adalah sah. Tempoh iddah bagi perempuan mengandung yang dice raikan ialah sampai melahirkan anak. Apabila suami rujuk dalam tempoh itu, rujuknya sah dan kedua-duanya menjadi suami isteri.
Talak ketika hamil, nifas, haidh, suci, belum bersama, setelah bersama ketika suci mempunyai hu kum yang berlainan sama haram, makruh, wajib harus atau sunat tetapi walau apapun hu kumnya ia tetap jatuh jika cukup rukun dan syarat talak.
Tambahan
Jika puan mempunyai Peguam Syarie sepatutnya Peguam Syarie tersebut memberi penerangan kepada puan. Hakim bicara tidak memberi penerangan lanjut mungkin mempunyai masa yang terhad dengan kes yang banyak setiap hari. Kelazimannya, hakim akan memberi alasan penghakiman setelah diminta oleh pihak puan atau setelah kes tersebut dirayu ke mahkamah lebih tinggi.
Sumber: peguamsyarie
Leave a Reply