Inilah Khasiat Dan Manfaat Sirih Cina Untuk Kesihatan Kita

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Inilah Khasiat Dan Manfaat Sirih Cina Untuk Kesihatan Kita

Di sesetengah tempat, pokok sirih cina dikenali sebagai sirih laut, sirih pasir, sirih air, sirih bunian dan juga tumpangan air atau ketumpang. Tumbuhan renek yang tidak berkayu ini biasanya tumbuh meliar dan menjalar di celah-celah pasu, tepi longkang dan kawasan lembap seperti tepi sungai atau berhampiran paya. Bagi mereka yang tidak mengenali khasiat sebenar pokok istimewa ini, ia akan dibuang begitu sahaja.

Sirih cina atau nama saintifiknya Peperomia Pellucida hidup sebagai tumbuhan menumpang sehingga akhirnya akan menyebabkan semak samun. Namun begitu, tumbuhan herba ini sebenarnya mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi terutamanya dalam bidang perubatan.

Bagi mereka yang mengetahui kegunaan dan khasiatnya, biasanya tumbuhan ini dijadikan ulam, kerabu, dijeruk, masak lemak atau digoreng begitu sahaja. Ia juga dijadikan alternatif dalam merawat beberapa masalah kesihatan lainnya seperti merawat masalah gout, da rah tinggi, buasir, dia betes, meredakan batuk, melegakan sele sema, merawat jang kitan pundi ken cing, mengatasi penya kit buah ping gang, merawat penya kit kulit seperti kayap, jerawat dan bisul selain menjadi penawar kepada sakit sendi, bengkak, lu ka terba kar, sakit perut serta meredakan cirit-birit.

Sirih cina atau ketumpang air agak popular dalam merawat masalah gout dan da rah tinggi. Tumbuhan ini dikatakan dapat mengurangkan paras as1d ur1k dalam badan jika diamalkan setiap hari sebagai ulam harian.

Pucuknya rasa lebih berlemak berbanding daun yang sudah tua atau matang. Pengambilan pucuk ini setiap hari dikatakan mampu membantu mengurangkan sakit kepala dan mence gahnya daripada berulang, manakala pati perahan tumbuhan herba ini juga mampu merawat jangkitan pada mata.

Selain itu, terdapat beberapa cara atau kaedah penggunaan tumbuhan ini yang boleh kita amalkan sebagai alternatif dalam merawat beberapa jenis penyakit.

CARA PENGGUNAAN SIRIH CINA DALAM PERAWATAN

1. Melegakan Panas Demam

Sekiranya berlaku situasi kecemasan seperti demam, daun dan batang pokok ini boleh diramas bersama sedikt campuran air, lalu disapukan ke atas kepala bagi mengurangkan suhu badan sama ada kanak-kanak atau orang dewasa.

Cara lain adalah dengan merebus 2 pokok (cekak) tanaman yang diambil segar. Cuci dan rebus sehingga mendapat 1 gelas air patinya. Biarkan sejuk seketika dan minum airnya sehingga demam reda.

2. Merawat Sa kit Kulit, Radang, Bisul dan Jerawat

Ambil 2 rumpun pokok ini dan dicuci hingga bersih. Rebus air ini dengan 300ml air biasa sehingga mendapat 1 gelas air pati. Minum ketika air ini masih hangat dan ambil sdikit airnya lalu disapukan pada tempat yang bermasalah. Ulanginya dua kali sehari sehingga sembuh.

3. Mengubati Sa kit Perut dan Cirit Birit

Ambil tanaman ini dalam secekak. Cuci bersih dan tumbuk lumat. Perah dan tapis air patinya. Minum dan ulanginya sehingga sa kit perut dan cirit birit lega.

4. Merawat Lu ka Terba kar

Ambil tumbuhan ini dengan kadar secukupnya. Cuci bersih dan tumbuk hingga lumat. Tempelkan ramuan ini pada bahagian yang sakit. Ulang cara ini beberapa kali sehari hingga luka sembuh.

5. Mengurangkan Sa kit Buah Pinggang

Cuci bersih tanaman herba ini lalu direbus hingga mendapat 1 gelas air patinya. Minum ketika suam. Untuk rawatan terbaik, ulangi minuman ini dua kali sehari.

Bagi yang sudah mengetahui khasiatnya, lepas ini bolehlah tanamkannya di dalam pasu atau kawasan rumah. Ia bukan sahaja penting ketika kecemasan, malahan ia menjadi ubat yang sangat menjimatkan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: rencahrasa














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*