Sambil Tidur Boleh Buat Duit Ini 8 Idea Buat Duit Dengan Cara Yang Halal
Mesti seronok kalau sambil tidur pun boleh buat duit. Untuk jadi kaya, kita perlu tahu bagaimana untuk buat duit walaupun sedang tidur. Malah Warren Buffett, seorang pelabur terkenal yang bermula daripada kosong pun berkongsi mengenai kepentingan untuk buat duit walaupun sedang tidur.
If you don’t find a way to make money while you sleep, you will work until you dl3. – Warren Buffett
Apa yang kami bakal kongsikan adalah beberapa cara praktikal yang boleh digunapakai untuk buat duit sambil tidur.
1. Buat Video YovTvbe
Samada anda sedar atau tidak, Y0uTvbe telah berjaya mencipta ramai jutawan. Anak-anak kecil pun cukup suka menonton video di Y0uTvbe, apatah lagi orang dewasa macam kita. Kini anda hanya perlu ‘berlakon’ dan kemudian upload ke Y0uTvbe.
Anda suka nampak cantik? Cuba buat tutorial memakai make up supaya orang lain boleh belajar daripada anda.
Anda suka buat kek? Cuba buat video mengenai langkah-langkah untuk membuat buat kek moist tangkap leleh. Konsepnya sama saja, semakin ramai yang menonton video Y0uTvbe anda; lebih banyak dapat buat duit sambil tidur.
2. Melabur Dalam Pasaran Saham
Pasaran saham Bursa Malaysia adalah merupakan lubuk saham yang tidak diketahui ramai. Tapi dengan adanya seminar pelaburan saham di serata Malaysia, masyarakat mula celik dan memulakan langkah untuk melabur dalam saham.
Sebagai pemegang saham, walaupun anda tidak memainkan peranan dalam syarikat yang anda labur, anda tetap menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat dan buat duit menerusi kenaikan harga saham dan dividen.
Kalau selama ini kita sudah terbiasa dengan dividen sebanyak 6-8% setahun yang diberikan Amanah Saham Bumiputera, pulangan 6-8% sebulan adalah tidak mustahil dalam pasaran saham.
Tak percaya? Rajin-rajinlah baca artikel yang di sediakan untuk membuka mata tentang pelaburan saham yang sah dan patuh syariah di Bursa Malaysia:
10 Saham Syarikat Patuh Syariah Paling Untung Suku Kedua 2017 – kalau nak merasa pulangan 268.4% untuk 6 bulan atau 278% untuk setahun.
3. Jual Barang Online
Trend online shopping semakin mendapat tempat di Malaysia, dengan adanya laman web seperti Lazada, 11Street, Lelong, Mudah, Carousell dan sebagainya.
Cakap je nak apa, mesti jumpa punya. Daripada anda menjadi seorang pembeli, apa kata anda menjadi seorang penjual online pula.
4. Berniaga Vending Machine
Anda biasa nampak mesin jual air? Jika anda dapat cari lokasi yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai, pastinya ianya sangat menguntungkan. Selain daripada air kosong, ada juga mesin jual air tin, jual keropok dan sebagainya.
Dan untuk pengetahuan, di negara maju seperti Jepun – nak beli apa pun boleh menerusi vending machine ini. Cuma pilih apa yang anda nak, bayar melalui telefon, dan ianya akan dihantar terus ke pintu rumah anda.
Bilalah agaknya Malaysia nak buat macam ni kan?
5. Buat Aplikasi Mobile
Rakyat Malaysia merupakan di antara pengguna telefon pintar tertinggi di dunia. Dah ada telefon pintar, mestilah guna banyak apps. Fbk, Whats App, TeIe gram, dan sebagainya.
Dan kebanyakan daripada aplikasi ini adalah percuma. Tetapi kalau anda perasan, selang beberapa ketika anda pasti disajikan dengan iklan. Kalau anda minat, anda akan klik iklan tersebut; kalau tak minat anda pasti akan tekang butang ‘X’.
Melalui pengiklanan inilah boleh buat duit sambil tidur. Lagi ramai orang download, installdan guna aplikasi anda; lagi banyak iklan akan disiarkan; lagi banyak duit anda akan dapat.
6. Tampal Iklan Dekat Kereta
Biasa nampak iklan di bas-bas komersial, teksi dan juga di kereta Grab dan Uber je kan? Tapi tahu tak kereta peribadi anda pun boleh digunakan untuk buat duit menerusi pengiklanan.
Salah satu contoh penyedia perkhidmatan ini adalah Moola. Sambil anda memandu, sambil itu anda akan dibayar. Tahu-tahu je hujung bulan duit masuk.
7. Sewakan Bilik
Anda beli rumah 3 bilik tapi duduk bersendirian? Atau sememangnya beli rumah untuk pelaburan? Daripada menyewa rumah dengan harga RM700 sebulan, lebih baik sekiranya sewakan kepada 3 orang dengan harga RM300 sebilik. Master Bedroom biasanya boleh sewa mahal sikit, RM400 ke. Jadi dapatlah RM1,000 sebulan untuk 3 bilik.
Tapi tengok tempat jugalah, tapi kalau dah beli rumah untuk pelaburan; anda pasti dah buat homework dulu kan sebelum beli?
Atau boleh juga buat sewa dengan Airbnb . Bayangkan anda sewa hotel guna online, tetapi kali ini orang ramai boleh sewa rumah/bilik anda guna online juga. Kini anda buat duit sambil orang lain tidur di rumah anda pula.
8. Setelkan Semua Hutang
Eh, apa kena mengena langsaikan hutang dengan buat duit sambal tidur? Jawapan mudahnya. Sekiranya anda berhutang, sudah pasti ianya datang dengan faedah. Dan faedah ini yang membebankan sebenarnya.
Jadi pastikan anda melangsaikan semua hutang anda terlebih dahulu, supaya tidak rugi setiap bulan. Malah ada bank yang akan reward pelanggan yang bayar hutang dengan segera.
Cara ini dianggap lain daripada yang lain, tetapi masih merupakan cara untuk buat duit sambal tidur.
Rezeki Allah ada di mana-mana sahaja, yang penting kita kena usaha dan adakalanya kita perlu menjadi kreatif. Yang penting, kini anda dah tahu kan cara-cara nak buat duit sambil tidur ni.
Sumber : Myinfomaya
Leave a Reply