
M1steri Alam Bunian Ini Punca Kenapa Lelaki Selalu Dipilih Bukan Perempuan
Ramai yang mengharapkan kesudahan berita gembira tentang kehila ngan peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau mesra disapa Acap selamat dijumpai segera. Kehilangan Acap banyak dikaitkan dengan alam mis teri khususnya alam bunian.
Biar segenap usaha sudah dilakukan mencarinya namun Acap sehingga kini belum ditemui lagi. Mis teri kehila ngan Acap di Bukit Batu Putih, Gopeng semasa menyertai larian Gopeng Ultra Trail membuatkan ramai yang percaya ia berkaitan dengan alam mis tik.
Apa sebenarnya dunia bunian? Kenapa dalam setiap kehila ngan di dalam hutan, di saat operasi mencari sudah dilakukan tetapi tidak ditemui dan akhirnya kehilangan sebegini dikaitkan dengan alam bunian. Kenapa mis teri sebegini timbul?
REMAJA menemuramah seorang individu yang biasa memasuki alam gha1b. Menurutnya yang enggan nama dikenali, jelasnya bunian terdiri dari bangsa j1n yang memang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia biasa kecuali dengan bacaan dan surah-surah tertentu bagi membolehkan individu memasuki perkampungan j1n-j1n ini.
Nama BUNIAN ini tercipta bersandarkan cakap-cakap orang Melayu lama yang menyebutnya dan jika pergi ke negara-negara lain, istilah bunian ini mungkin tidak pernah didengari mereka (setiap negara berbeza nama panggilan).
Di mana tempat tinggal j1n atau bunian ini?
Jika manusia memilih lokasi-lokasi dekat dengan kemudahan awam, biasanya bangsa j1n ini lebih gemar menetap di dalam hutan yang jauh dari perkampungan manusia.
Lagi jauh ke dalam hutan, adalah lebih sesuai kerana mereka boleh bercucuk tanam, menternak, membu ru dan sebagainya. Tentu kita pernah mendengar kisah yang diceritakan di mana pembu ru menemui ayam hutan yang banyak di dalam hutan dan bila ayam itu ditem bak, ia dibalas dengan nya wa orang yang terdekat seperti anak. Ini kerana kita menceroboh hak bunian-bunian ini dan mengambil tanpa izin mereka.
Ada juga j1n-j1n ini mendiami kawasan muara sungai dan juga laut. Mereka juga tinggal di gunung ganang selain di dalam laut besar seperti Selat Melaka, Lautan Pasific dan sebagainya.
(Atas) Rumpun buluh berbentuk atap ini dipercayai pintu masuk ke alam ghaib. Satu nasihat, andai bertemu begini dan sekelilingnya juga bersih dari sampah sarap, ini adalah pintu masuk ke alam mereka. Gambar dari fb abang Acap, Danny Lang
Bagaimana bentuk fizikal orang bunian?
Sama ke macam manusia? Memandangkan bunian wujud dekat dengan kediaman manusia, namun bila menyentuh aspek fizikal jin, ia sama sekali berbeza dengan manusia normal. J1n-j1n ini biasanya berkepak, tidak sama dengan manusia. Jika alam manusia ada yang tinggi, rendah, gemuk atau kurus namun di alam bunian, golongan j1n ini biasanya ketinggian mereka adalah sama, baik lelaki mahu pun perempuannya.
Bayangan tubuh mereka umpama kabus putih, tidak berfizikal seperti manusia.
Namun amat mudah untuk manusia mengenal pasti individu asing yang ditemui di hutan-hutan sama ada mereka itu bunian atau manusia. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan membaca surah An-Nas sebanyak tiga kali dalam keadaan ketika hujan panas turun.
“Selepas selesai baca, rapatkan kepala ke celah kelangkang dan jika individu yang berjalan itu kakinya seolah tidak cecah ke tanah, itulah golongan j1n ini jika kita menjumpainya sekitar tengahari,”katanya lagi.
Kenapa lelaki biasa hilang dalam hutan, bukan perempuan?
Tidak merujuk kepada kes Acap semata-mata (k3s kehila ngan Azarul Mukhriz yang hilang di Bukit Broga antara buktinya), jelas individu ini, perempuan jarang menjadi pilihan kerana j1n-j1n ini kurang tertarik dengan wanita kerana j1n-j1n betina jauh lebih cantik berbanding manusia biasa.
“Namun puteri-puteri diraja pula biasanya amat tertarik dengan manusia terutama lelaki yang mereka anggap sangat luar biasa. Tak hairanlah kita kerap mendengar banyak lelaki yang hilang di hutan berbanding perempuan.
J1n ini juga biasanya amat menyukai kanak-kanak yang belum baligh atau belum disunatkan kerana pada pandangan mereka, “usia ini belum kotor”. Sama juga bayi dalam kandungan turut menjadi pilihan j1n-j1n ini.
Ciri lelaki bagaimana biasanya jadi pilihan?
Dunia bunian dipenuhi dengan segala bentuk kemewahan. Biasanya bagi j1n Islam, kehidupan mereka jauh lebih zuhud dan tidak memandang kebendaan seperti emas, wang ringgit seperti mana kehidupan manusia yang memandang kebendaan sebagai faktor utama.
“Biasanya lelaki yang menjadi pilihan orang bunian, adalah lelaki yang baik-baik terutama hati budinya. Lelaki ini biasanya golongan yang sangat rapat dengan emak mereka, hati lurus, amat baik ilmu agamanya untuk dijadikan sebagai pasangan hidup atau berkahwin dengan mereka di alam bunian.
“Biasanya inilah ciri-ciri lelaki yang mereka mahukan dan sebab itulah juga lelaki selalu menjadi pilihan untuk dipilih berbanding perempuan.
Bagaimana nak kenal pasti pintu masuk ke alam bunian?
Tentu ramai nak tahukan sama ada tempat kita hiking atau masuk ke hutan itu pintu masuk ke alam bunian atau bukan!. Biasanya apabila masuk ke hutan dan tiba-tiba kita ternampak buluh kuning, sila jauhi perkara tersebut kerana itu pintu masuk ke alam bunian.
Begitu juga kalau terjumpa pokok besar tetapi halaman bawahnya cukup bersih, seolah-olah disapu dan dijaga, elakkan juga berehat di pokok tersebut. Jika digunung pula, elak melalui lereng-lereng bukit berbatu-batu besar kerana itu juga petanda pintu masuk ke alam bunian.
Sebab itulah apabila kita memasuki satu kawasan yang baru pertama kali kita pergi, jangan sesekali bercakap besar ketika memasuki hutan kerana golongan j1n ini amat tidak suka dengan mereka yang bongkak dalam berkata-kata!
Namun mis teri kehilangan Acap ini turut menarik perhatian apabila Akmal Amai yang mengikuti pencarian ini memuatkan naik perkongsian pengalaman dan turut sama membantu.
Apa yang jelas, beliau menulis malam tadi dia dan rakan-rakan mendengar suara Acap. Bagaimana dia boleh mendengar, hanya Allah yang tahu.
Masa yang sama, dirinya menjelaskan Bukit Batu Putih ini memang dilarang naik oleh nenek moyang dahulu. Pastinya mereka lebih tahu mis teri di kawasan ini. Baca perkongsiannya untuk sama-sama kita hulurkan doa agar Acap ditemui selamat.
Hari ke 8 pencarian Acab
Walaupun operasi SAR telah dihentikan. Namun terima kasih kepada Bomba, orang kampung, sukarelawan, ustaz-ustaz dan rakan-rakan yang masih belum berputus asa meneruskan usaha.
Terharu bila tengok orang kampung, pakcik makcik tua-tua bersilih ganti gigih memanjat trail. Masing-masing ada kebolehan tersendiri. Memang trail tak berapa sukar, tapi kami bukan hanya cari di trail.
Agak sukar bila carian melibatkan kawasan luar trail yang ada gaung, lereng bukit, lubang-lubang, batu-batu besar, semak samun yang kita takkan berani masuk dalam keadaan normal.
Paling kalah kalau siang di kawasan berbatu sangat-sangat panas. Itu kami, macam mana dengan Acab yang tak de bekalan air? Pelbagai perkara mis teri yang kami alami sepanjang pencarian siang dan malam. Abam Bomba “mark” peta, semua kawasan dah pangkah. Abam po lis geleng kepala. Ini bukan k2s hilang biasa.
Sebak bila ada pakcik minta kami bersabar sebab dia bagi tau orang kampung situ terutama Kg Sungai itek, kg pintu padang dan kg jahang takkan berputus asa.
Ada org tua yang sejak kecil tak pernah panjat pun bukit tu sebab dilarang oleh moyang mereka. Tapi mereka tergerak hati nak naik dan tolong.
Kenapa mereka bersusah payah membantu walau mereka tak kenal Acab? Sebab Allah yakinkan hati mereka untuk teruskan usaha.
Terima kasih juga kepada semua yang berusaha dari jauh dari pelbagai cara. (Penuh misscall dan whatsapp di telefon saya, maaf kalau ada yang saya tak reply).
Kepada mereka-mereka yang tidak percaya makh luk halus, j1n dan bunian dan mempersendakan usaha kami, dipersilakan datang dan bantu. Kepada ahli keluarga Acab, teruskan berdoa dan jangan putus asa. Allah datangkan setiap ujian beserta hikmah.
Sapa-sapa yang kata kami seronok-seronok hiking panjat bukit batu putih, anda memang… (netizen tolong jawabkan). Bukan masyur yang kami cari. Tujuan post ni pun untuk dapatkan sebanyak mungkin doa dari kaum manusia. Dan untuk lihatkan usaha yang dibuat. Kalau bukan saya yang tolong dedahkan, siapa lagi?
Leave a Reply