Teknik Betul Tanam Serai Yang Mudah Dan Jimat Serta Khasiat Serai  

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Teknik Betul Tanam Serai Yang Mudah Dan Jimat Serta Khasiat Serai

Dulu kalau nk tanam serai… saya kdg2 ambik 2 @ 3 batang dan kadang2 satu rumpun dibagi 3 @ 4 bahagian kemudian tanam… mak mertua saya ckp.. rugi kalau mcm tu..sayang serai tu kita boleh pakai utk msk.. dia ajar saya potong bhgian bwh(dlm gambar).. kemudian rendam dlm sedikit air, cukup basah dibahagian tumbuh akar tu..

Sehari dua.. pucuk akan terus tumbuh dan boleh la ditanam.. atau boleh ja ditanam dalam tanah tanpa direndam terlebih dulu…. saya lebih suka tunggu sampai tum buh akar br ditanam.. mudah kan.. sokey la klau kwn2 dah tauu.. saya br tauu.. agak ketinggalan.. hehe.. ?

Potong bahagian atas serai

Nak tahu khasiat serai?

Serai boleh dikatakan bahan wajib yang perlu ada dalam masakan tradisional Melayu seperti rendang dan masak lemak, begitu juga dengan masakan Thailand seperti tomyam dan paprik

Sebenarnya, serai bukan sahaja penting sebagai pelengkap rasa dalam masakan, tetapi juga sangat berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan kita.

Khasiat Serai

Serai dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Negara-negara seperti India, Pakistan, Kemboja, Vietnam dan Sri Lanka merupakan pengeksport utama serai di dunia.

Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan dalam kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja, Vietnam) dan Caribbean.

Serai bukan sahaja dijadikan bahan perencah dalam masakan, tetapi juga dijadikan sebagai pati dalam minyak wangi kerana ia mengeluarkan bau yang segar.

Minyak pati serai juga turut digunakan dalam aromaterapi untuk menyegarkan udara, mengurangkan tekanan, dan menaikkan mood.

Daun dan tumbuhannya kerap digunakan dalam ubatan herba. Malah, serai juga adalah bahan penting dalam ubatan Ayurveda kuno. Serai boleh dijadikan teh, dan minyaknya digunakan dalam ubatan untuk gangguan pernafasan dan pencernaan.

Serai tinggi antioksidan dan berkesan untuk mengawal koles terol dalam badan dan juga meningkatkan kesihatan.

Komposisi nutrisi dalam serai juga sangat bermanfaat buat tu buh dan minda. Ia mengandungi vitamin seperti vitamin B1, vitamin A, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B6, dan folat. Ia juga kaya dengan sumber mineral yang baik seperti zink, besi, tembaga, kalium, dan kalsium.

Kebaikan Serai Untuk Kesihatan

1. Antioksidan

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Agriculture and Food Chemistry, serai mengandungi beberapa antioksidan yang boleh membantu meme rangi radi kal bebas dalam tu buh anda yang boleh menyebabkan penya kit.

Antara jenis antioksidan yang terkandung dalam serai adalah a sid chlorogenic, isoorientin, dan swertiajaponin. Antioksidan ini boleh membantu mence gah disfungsi sel di dalam arteri koronari anda.

2. Antibakte ria

Teh serai boleh membantu merawat jang kitan mulut dan kaviti. Ini kerana sifatnya antibak teria. Menurut kajian dalam vitro pada 2012 yang diterbitkan oleh National Institutes of Health, minyak pati serai menunjukkan keupayaan antibakte rianya terhadap bakte ria Streptococcus, iaitu bakte ria yang paling menyebabkan kerosakan gigi.

Penyelidikan lanjut mendapati minyak pati serai dan ion perak boleh digunakan untuk melawanbeberapa jenis bak teria dan kulat dalam vitro.

3. Antiradang

Keradangan sering dialami oleh pesa kit, termasuk penya kit jantung dan str0k. Menurut Pusat Kan ser Memorial Sloan Kettering, dua sebatian utama dalam serai iaitu citral dan geranial merupakan bahan yang bermanfaat sebagai antiradang.

Sebatian ini dikatakan membantu untuk menghentikan pelepasan penanda yang menjadi penyebab keradangan di dalam badan anda.

4. Mengurangkan Ri siko Kan ser

Citral dalam serai juga dipercayai menjadi anti kan ser yang kuat terhadap beberapa s3l kan ser. Beberapa komponen dalam serai dapat membantu mela wan kan ser.

Hal ini berlaku sama ada ia menyebabkan kem4 tian sel kan ser secara langsung atau meningkatkan sistem imun anda supaya tu buh anda lebih mampu mela wan kan ser dengan sendirinya. Teh serai kadang-kadang digunakan sebagai terapi semasa kemoterapi dan radiasi. Namun, ia hanya boleh digunakan di bawah bimbingan ahli onkologi.

5. Detoksifikasi

Serai mempunyai ciri-ciri diuretik yang menghilangkan toksin dari badan melalui kencing. Ini sangat membantu dalam menjaga hati yang bersih dan bebas toksin. Serai juga membantu membersihkan buah pinggang dengan meningkatkan kekerapan kencing.

Kajian pada 2001 yang menilai kesan teh serai pada tikus menunjukkan aktiviti diuretik sama seperti teh hijau tanpa menyebabkan kerosakan 0rg4n atau kesan sampingan yang lain. Untuk kajian ini, teh serai diberikan kepada tikus selama tempoh enam minggu.

6. Pencernaan Yang Baik

Secawan teh serai boleh menjadi ubat alternatif untuk sa kit perut dan masalah pencernaan lain. Kajian pada tahun 2012 yang diterbitkan oleh National Institutes of Health terhadap tikus menunjukkan bahawa serai mungkin juga berkesan terhadap ulser gastrik.

Kajian mendapati bahawa minyak pati daun serai boleh membantu melindungi lapisan perut daripada kerosakan daripada aspirin dan etanol. Penggunaan aspirin biasa adalah punca ulser gastrik.

7. Mengatasi Anemia

Teh serai sangat baik untuk wanita ha mil. Ia mempunyai banyak manfaat seperti mengandungi zat besi dan folat kepada badan. Tetapi, penggunaannya tidak terhad kepada wanita ha mil sahaja.

Ia juga sangat membantu dalam mengubati anemia dan mence gahnya di peringkat awal. Pengambilan serai akan membantu mengekalkan tahap hemoglobin anda dan mence gah sebarang penya kit yang berkaitan dengan kekurangan zat besi.

8. Mence gah Insomnia

Teh serai dan minyak serai sangat berkesan untuk menenangkan sa raf. Ia akan membantu anda tidur dengan cepat dan lena. Cawan teh serai sebelum tidur dan beberapa titisan minyak pati serai di peresap (diffuser) membantu anda tidur dengan lebih lena. Kualiti tidur yang baik diperlukan untuk minda dan badan yang sihat.

9. Menguatkan Imunisasi

Sistem imun yang kuat menjamin kehidupan yang sihat. Serai mempunyai banyak sifat penyembuhan. Ia membantu menyembuhkan 0rg4n pernafasan, jantung, anemia dan lain-lain penya kit. Ini membantu tubuh membina imuniti yang kuat.

Sitokin adalah molekul terlibat dalam komunikasi s3l-s3l, bertindak sebagai mediator untuk meningkatkan respon imun, manakala serai menenangkan molekul ini dengan mengurangkan keradangan di dalamnya.

10. Mengatasi Masalah Artritis

Minyak pati serai sangat berguna dalam rawatan kesa kitan untuk arthritis. Ia digunakan secara khusus untuk mengurut sendi iaitu rheumatoid arthritis. Penggunaan serai juga membantu menenangkan keradangan pada sendi.

Kesimpulan

Serai banyak manfaatnya kepada kesihatan manusia. Ia juga mudah didapati di pasaran. Penyelidikan haiwan dan makmal telah menunjukkan bahawa serai mempunyai sifat anti-radang, antibakte ria, dan antikan ser.

Ia juga telah dipercayai mempunyai kesan positif untuk meningkatkan keupayaan kognitif otak manusia.

Untuk mendapatkan manfaat serai, anda bukan sahaja boleh masukkan ia ke dalam masakan anda, tetapi juga boleh dibuat minuman seperti air detoks. Atau anda juga boleh mengamalkan penggunaaan minyak pati (essential oil) yang kini telah banyak dijual di pasaran.

Sumber: myinfomaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*