Tak Rugi Siapa Suka Makan Daun Ini Sebab Banyak Khasiatnya Selain Penambah Aroma
Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis kesum yang biasa di dapati iaitu dari jenis menjalar dan menegak. Di Thai land ia banyak digunakan sebagai sebahagian daripada ramuan salad. Di Malaysia pula ia dijadikan sebagai bahan penambah perisa dalam makanan atau hidangan seperti laksa Penang selain dimakan mentah sebagai ulaman oleh mereka yang cenderung menjaga kesihatan secara alami.
Dipercayai ia kaya dengan beta kerotena, vitamin A & C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus. Selain aromanya yang dapat merang sang selera, herba ini dapat mengurangkan bau dan hanyir ikan.
Daun kesum mengandungi khasiat yang agak tinggi, terutamanya karotena dan vitamin C. Dalam 100 g, bahagian yang boleh dimakan daun, daun kesum mengandungi: air 73.2 g, protein 2.8 g, lemak 0.7 g, karbohidrat 18.4 g, serat 2.8 g, kalsium 232 mg, fosforus 19 mg, ferum 3.2 mg, natrium 19 mg, kalium 308 mg, karotena 7433 mg, vitamin A 1239 mg, vitamin B10.15 mg, vitamin B2 0.2 mg, niasin 2.8 mg, vitamin C 125 mg.
Kajian menunjukkan bahawa tumbuhan herba ini, kaya dengan antioksidan dan memiliki sifat-sifat antimikrob.
Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan ki mia ‘aliphatic aldehyde’ yang tinggi dan komponen ki mia utamanya ialah dec4nal dan d0decanal. Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dikatakan mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian.
Tidak banyak bahan semula jadi seumpamanya di pasaran. Kajian mendapati kandungan bahan alipathis aldehyde ini adalah tinggi sehingga 605 dalam beberapa spesis tertentu. Kandungan bahan seperti Decanal dan Dodecanal dalam Alipethic aldehyde boleh didapati dengan mengeringkan daun kesum sebelum diekstrak untuk dijadikan minyak wangi atau bahan perisa masakan
Dari aspek dunia perubatan Melayu, herba yang bersifat panas ini dipercayai mempunyai khasiat tersendiri.
Antara kelebihan daun kesum ini ialah :
1. Menguatkan daya penglihatan
2. Mengatasi masalah kembung atau ketidakhadaman
3. Mengharumkan tu buh
4. Mengatasi masalah kepu tihan
5. Baik untuk wanita lepas bersa lin
6. Menghilangkan panau – Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.
7. Mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan dan awet muda – Makan pucuk daun kesum sebagai ulam setiap kali makan nasi.
8. Mengatasi masalah ketidakhadaman, mengharumkan tu buh dan bagi wanita lepas bersa lin – anda bolehlah cuba merebus daun ini dan minum air rebusannya ketika suam. air rebusannya juga boleh diminum untuk merawat masalah kepu tihan. Jika kurang suka dengan baunya, jadikan ulam yang dimakan mentah..
9. Tonik hati, buah ping gang dan da rah
10. Mengeluarkan angin dari perut dan usus.
11. Merang sang dan melawaskan pembuangan air kecil dan pembuangan air besar,
12. Membv nuh atau menying kirkan cacing dalam perut dan usvs, sebagai stimulan serta merang sang ha id.
13. Ubat Gout/radang sendu : Daun kesum juga digunakan untuk mera wat reumatisme, gout, radang sendi dan batu karang. Namun bagitu pengambilan terlalu kerap adalah tidak digalakkan, kerana kandungan a sid oksalik di dalamnya boleh menghalang penyerapan mineral ke dalam tu buh.
14. Masalah kelemumur – Jus yang dihasilkan melalui perahan daunnya pula dikatakan boleh merawat masalah kelemumur, menghitamkan rambut. Untuk mengatasi kelemumur, tumbuk sehingga lumat daun ini, tapis dan ambil patinya. Campurkan sedikit air lalu gosokkan perlahan-lahan pada kulit kepala selama 5 minit sebelum dibilas.
15. Ubat pupuk di tempat berkudis. Masalah perut tidak hadam, boleh merebus daun kesum dan meminum airnya.
Menjaga kesihatan penglihatan (adanya beta carotena dlm daun kesum). Selain itu, di kalangan masyarakat Cina, daun kesum memiliki khasiat sebagai tonik hati, buah pinggang dan juga da rah.
Sumber: myinfomaya
Leave a Reply