Punca Kita Demam Bila Kena Hujan, Patutlah Orang Tua Kita Nasihat, Kalau Kena Hujan Cepat-cepat Mandi Dan Keringkan Badan

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Punca Kita Demam Bila Kena Hujan, Patutlah Orang Tua Kita Nasihat, Kalau Kena Hujan Cepat-cepat Mandi Dan Keringkan Badan

BENARKAH jika terkena air hujan ia akan menyebabkan kita demam. Semestinya wujud hubung kait antara cuaca sejuk dengan demam, tetapi bukanlah secara langsung.

Dari segi asasnya, seseorang itu perlu dijang kiti kvman terlebih dahulu sebelum menunjukkan gejala sesuatu penya kit. Demam adalah keadaan peningkatan suhu badan daripada suhu normal 36  atau 37 darjah Celsius.

Peningkatan suhu badan adalah salah satu daripada ca ra sistem pertahanan badan menentang jang kitan ku man.

Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu seperti kuman yang terlalu kuat (virulent), suhu badan akan naik terlalu tinggi dan boleh menyebabkan komplikasi.

Pegawai perubatan kesihatan awam, Nur Faiza Mohd Tohit berkongsi mengenai punca menyebabkan seseorang itu demam selepas terkena hujan.

“Apabila badan terkena hujan, suhu badan akan menurun sedikit. Jika keadaan pakaian seseorang itu basah lencun dan terdedah dalam tempoh yang lama di bawah hujan lebat, suhu badan akan turun lebih rendah hingga boleh menyebabkan hip0termia.

“Hip0termia akan menyebabkan gangguan kepada fungsi tu buh, termasuk terhadap sistem pertahanan badan. Ku man-ku man yang sudah sedia ada di dalam badan akan meneruskan sera ngan terhadap sistem pertahanan badan dan seterusnya mengakibatkan peningkatan suhu badan (demam),” jelasnya menerusi perkongsian di la man Root of Science.

Tambahnya, selain itu, semasa suhu badan menurun, salur darah akan mengecut untuk mengelakkan kehilangan haba daripada badan dan memastikan suhu badan kembali ke tahap normal.

“Pengecutan salur da rah di bahagian hidung dan saluran pernafasan akan menyebabkan hidung tidak dapat menapis ku man dengan efisien.

“Lendir di dalam salur pernafasan juga tidak dapat mengalir dengan lancar dan mengganggu proses penyingkiran ku man dari sistem pernafasan.

Inilah yang sebenarnya menyumbang kepada demam,” katanya.

Sumber : myinfomaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*