Kaedah Gadis Ini Urus Gaji RM2.3K Sebulan Ramai Respek Baki Hanya Tinggal RM248 Untuk Keperluan Sendiri

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Kaedah Gadis Ini Urus Gaji RM2.3K Sebulan Ramai Respek Baki Hanya Tinggal RM248 Untuk Keperluan Sendiri

Assalamualaikum. Terima kasih ad min, benarkan post ini berlalu di wall anda. Straight to the point. Tengok tajuk korang dah tau aku nak cerita apa. Baru-baru ni aku terbaca pasal budak ni gaji 1.6k tapi dapat simpan 1k every month. Aku terpanggil nak expose financial arrangement of my salary every month.

Aku nak responds korang on my arrangement duit ni, in terms of aku membazir kat mana2, any tips nak prevent pembaziran yg aku buat (jika ada), or ada suggestion nak bagi ada lebihan duit daripada kebiasaan.

Seperti budak yg dapat simpan 1k tu, aku juga bujang, tinggal dengan family, anak bongsu, satu-satunya yang belum berkahwin dan tinggal dengan mak ayah aku. Tapi, Alhamdulillah aku bergaji 2.7k. (Baru tukar kerja mac lepas).

Tapi, walaupun aku bujang, aku juga ada komitment yang perlu aku bayar every month.

Menjadi prinsip aku, benda hutang, aku bayar dulu. Pada aku, biar baki duit aku dalam akaun hanya 100, asalkan, segala bil2, dan keperluan rumah aku dah langsai.

Here aku buat details apa aku buat dengan duit gaji bersih aku yang sebanyak 2.3k:

1. RM550

RM300 aku bagi mak aku. Aku tahu duit ni mak aku mesti akan buat belanja dapur. Aku tak pernah tengok mak aku habiskan duit pi beli barang kemas or berjoli sakan. Sepanjang aku kerja, sekali je aku tengok mak aku beli beg tangan baru dan aku tahu tu duit dividen asb dia.

RM250 aku bagi ayah aku. Oh lupa nak cakap yang mak ayah aku dah tak kerja. mak aku suri rumah sejak dahulu kala. Ayah aku pencen swasta. So, memang 100% bawah tanggungan kami 3 beradik. Duit aku bagi ni, biasanya bapak aku buat isi minyak kereta, maintenance, beli sarapan tiap hari, beli ubat.

Baki: RM2300 – RM550 = RM1750

2. RM610

Bayar kereta RM360. Kereta kecil je. Minyak kereta aku bajet every month RM250. Tempat kerja aku 25km jauhnya dari rumah. Semua orang pertikai kenapa aku mintak kerja jauh. Jawapan aku simple je. Itu rezeki untuk aku.

Bukan aku tak minta kerja area dekat rumah aku, tapi tak dapat. Amount ni include jugak bajet kalau aku balik kampung tengok nenek aku. Paling busuk, sebulan mesti sekali balik sebelum pkp.

Oh ya. Masa kecik, aku tinggal dengan nenek aku. So, amatlah tak mengenang budi, kalau sebagai cucu yang pernah tinggal dengan nenek, tak pi jenguk dia setiap bulan. Kalau aku balik kampung, akan menjadi kewajipan aku, hulur sikit duit kat nenek aku buat jajan dia. Bajet ni, kita masuk akhir-akhir nanti. Aku nak cerita yang main part dulu.

Baki: RM1750 – RM610 = RM1140

3. RM692

RM100 untuk MARA. Almaklum, bila dah berhutang, kena bayar, ye dak? Jumlah ni akan meningkat kepada RM150 pada feb’19. RM100 untuk astro. mesti nanti akan ada orang yang kata ni suatu bentuk pembaziaran kan? Tapi aku rasa ini satu bentuk entertainment untuk kami sekeluarga.

Sejak dari zaman bapak aku masih kerja, dia boleh je afford bayar astro, takkan bila dia dah berhenti, aku nak kata kita kena stop kan? So, aku sambung je bayar.

RM40 untuk bil air. Ni aku aku round off je. tapi tak pernah sampai 40 pun. Bil elektrik, kakak aku tolong bayar. Kami adik beradik akan ada part masing-masing bayarkan bil-bil rumah.

RM70 untuk bil telefon mak aku. Bil telefon bapak aku, kakak aku bayarkan. RM80 untuk bil telefon aku. RM70 bil internet kat rumah. Yang ni jangan kata membazir. sebab aku kena buat kerja dari rumah. Internet is a must.

RM202 untuk insurans. Ni insurans peribadi aku. RM30 untuk aku derma. Kenapa jumlah ni wajib masuk? sbb aku ada join macam kutu derma bagi satu badan kebajikan.

Baki: RM1140 – RM692 = RM448

4. RM200

Ha ni la part saving aku. Aku hanya mampu simpan RM200 setiap bulan. Sebab tu tajuk post aku ni, ‘Celah Mana Simpan 1k?’

Baki: RM448 – RM200 = RM248

5. RM248

Ha dengan duit ni aku belanja setiap bulan untuk keperluan diri aku, belanja mak ayah aku makan, belanja anak-anak sedara aku or anything la. Aku bukan kaki make up. Pencuci muka pun aku beli 2-3 bulan sekali. Aku bukan kaki shopping mahupun kaki travel.

Sarapan pagi kat rumah, balik kerja pkul6 baru makan kat rumah. Seminggu sekali je aku makan kat office sebab kang kata aku tak nak bergaul dengan yang lain pulak.

Diorang selalu ajak aku makan, tapi selalunya aku tipu kata aku kenyang lagi. Padahal, Tuhan je la tahu. Sebab nak ikat perut sikit. Nak survive sampai cukup bulan.

Seperti aku cakap kat atas tadi, kalau aku balik kg, bukan balik dengan tangan kosong ya. Dengan duit ni jugak aku guna. Nampak macam banyak kan baki? Tapi, cuba ko pergi kedai beli barang masak, sekali ko pergi, note RM50 ko tu macam RM10 je. Part yang aku paling terkilan ialah, kadang bila aku tengok mak ayah aku nk pi beli ubat tapi tak cukup duit. Alahai, sedihnya wei. rasa tak bergunanya aku sebagai anak tak boleh nak cukupkan keperluan mak ayah aku.

Sejak ada kereta ni, kadang ada bulan yang langsung aku tak dapat belanja mak ayah aku makan luar, sebab nk pi servis kereta. Hujung tahun ni, nak renew roadtax and insurance. Korang tahu-tahu jelah insurance kereta baru berapa kan.

Aku bukan nak mengeluh duit tak cukup ke apa. Berbalik pada tajuk aku tadi, aku tak boleh nak brain macam mana mamat tu boleh simpan 1k setiap bulan dengan gaji yang lebih rendah dari aku. Sebab pada aku, aku dah utilize habis dah segala keperluan aku. Ni pun, aku tak tanggung sepenuhnya mak ayah aku.

Ada pertolongan dari kakak aku jugak. Aku tak pernah rasa mak ayah aku suatu beban untuk aku. Cuma lebih kepada rasa terkilan sebab tak dapat cukupkan keperluan mak ayah aku. Bukan aku tak pernah cuba nak buat side income. Tapi tak berjaya. Aku realize yang aku ni jenis kena fokus pada satu pekerjaan sahaja.

Mungkin ada yang bergaji sama dengan aku and dapat simpan lebih dari 1k every month. Boleh la share tips macam mana korang simpan.

Tapi, seriously aku rasa dah tak boleh minimize kan lagi kos-kos dalam hidup aku sekarang ni. Macam dah fixed. For your information, masa aku bergaji 1.6k 10 bulan yang lepas, komitmen aku juga tetap sama (kecuali part kereta and bil telefon mak aku. Dulu mak aku pakai prepaid. Kadang tu aku tengok dia tak dapat telefon nenek aku kat kampung sebab habis topup. So, bila dah naik gaji sikit ni, aku sara la duit telefon dia)

Tu je la aku nak share. Apa kata anda?

Sumber : myinfomaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*