
Tinggalkan Ayah Di Rumah Orang-Orang Tua Selepas Ayah Tukar Nama Tanah Pada Kami Adik Beradik
Ayah dan ibu, itulah permulaan anak-anak kepada titik tolak kejayaan pada hari ini. Kejayaan kita pada hari ini bukan hanya kerana usaha kita semata-mata, tetapi doa dan restu yang telah diberikan oleh mereka. Tanpa kita sedari, segala kudrat dan usaha telah mereka korbankan untuk membesarkan anak-anak tanpa pernah mengira penat dan lelah
Benar kata orang, seorang ibu atau ayah boleh menjaga anaknya yang ramai, tetapi bilangan anak yang ramai belum tentu dapat menjaga ibu dan ayahnya.
Satu perkongsian sedih mengenai kisah panggilan dari seorang anak yang boleh disifatkan sebagai anak derha ka meruntun hati netizen. Wanita tersebut mahu meningg galkan bapanya di rumah penja gaan orang tua kerana tidak mampu menjaga bapanya. Lebih menyedihkan apabila wanita tersebut akan menghantar bapanya ke pusat penja gaan tersebut setelah bapanya selesai menukar nama tanah!
SORRY BUT I MUST SHARE THIS
Kebab-an hari Isnin. Sorry again tak sopan. I don’t normally pick up calls from unknown number. But I got 4 missed calls this morning at 6.30 am my time. 7.30 am Malaysian time. I called the number when I’m on my way to work. Kot-kot lah ada emergency apa dia ka.
Me: “Hello Assalamualaikum. Saya … , ada sesiapa call nombor saya tadi?”
Her: “Nombor cik .. ka ni?”
Me: “Ya betul saya. Ni siapa ya?”
Her: “Sorry sorry tadi call lupa tengok time tu yang tak call dah. (4 kali kot dia call huhuhu)”
Me: “Takpa, ni siapa dan ada apa saya boleh bantu ka?”
Her: “Kak … tanya sikit ja macam mana proses nak masuk kan dalam rumah orang tua?”
Me: “Owh yang tu akak kena pergi terus ke rumah orang tua yang akak nak berurusan tu dan minta jumpa dengan pegawai di sana. Biasanya waktu kerja 8.30 am-4.30 pm. Semua rumah orang tua tak sama prosedurnya.”
Her: “Akak nak hantar yang gomen punya tu. So kalau akak nak masuk kan orang tua bawa terus pergi sana dan tinggal ke?”
Me: “Tak boleh. Kena mohon dulu. Saya cadangkan akak pergi sana terus, minta jumpa pegawai dan dapatkan maklumat lengkap supaya mudahkan urusan. Saya pun tak pasti proses yang betul sebab saya tak kerja di rumah orang tua.”
Her: “Macam ni akak nak masuk kan ayah akak. Dah tua 77 tahun. Akak ingat tanya cik … dulu senang nanti kalau tau boleh hantar terus kat situ. Tapi akak tanya dulu bukan nak hantar lagi, tengah tunggu ayah akak setuju tukar nama tanah kat kami adik beradik dulu baru nak tinggal dia kat sana.”
Me: “Owh akak berapa beradik semua?”
Her: “8 orang je (JE??)”
Me: “Hampir semua rumah orang tua yang saya berurusan penghuni dah penuh sangat tau akak. Rasanya susah juga mereka nak terima penghuni baru yang masih ada keluarga dan anak-anak. Boleh tak kalau saya cadang akak dan adik beradik yang jaga ayah akak dulu?”
Her: “Susah cik … ayah akak tu dah tua. Memang boleh buat semua sendiri tapi susah la. Kami semua masing-masing kerja dan dah kahwin.
“Macam akak nak kena jaga suami dan anak-anak. Mana ada masa nak tengok ayah. Yang lain pun sama. Teruk jugak kalau tiap bulan nak balik kampung jenguk. Kalau tinggal kat rumah orang tua senang. Sana ada orang jaga bagi makan kan? Free ke cik ..?”
Me: “Maaf akak, nanti akak boleh terus ke sana ya untuk dapatkan maklumat. Bye, Assalamualaikum.”
Sorry, saya alergik dengan bab-bab ini. Anak 8 orang. Sebulan sekali balik kampung kalau gilir seorang cuma perlu balik 8 bulan sekali. Kenapa kena guna perkataan ‘TINGGAL’ kat rumah orang tua? THAT IS YOUR FATHER. Aku type post ni pun aku tereyak. And paling sedih bila dia cakap ayat ni,
“Lepas tukar nama tanah kat kami adik beradik.”
SAMPAI HATI!!!
Wahai semua kawan-kawan, bersiap sedia untuk hari tua kamu ya. Kita pun tak tahu bagaimana nasib kita nanti. Sekarang memang gagah perkasa, bekerja, berduit, berharta, segak cantik hensem. Boleh ken cing be rak sendiri. Esok esok?
The kind of CR4Z1N3SS I have to go through on daily basis. Ya Allah permudahkan lah urusan kami semua.
Berkaitan cerita di atas, Sebenarnya memang ada ibu atau ayah yang hendak duduk di rumah orang tua. Kalau waktu awal usia perkahwinan ibu bapa kita dulu mereka sanggup untuk menjaga 10 orang anak, kenapa hari ini 10 orang anak tidak sanggup untuk menjaga seorang ibu atau bapa?
Kalau ibu dan bapa yang telah tua dan uzur sekalipun, juga tidak akan menyusahkan anak-anak. Kita boleh rawat mereka. Jika tidak mampu, gajikan pembantu yang boleh merawat mereka. Bukankah anda bekerja siang dan malam mengumpul wang? Untuk apa?
Ibu atau bapa lebih rela mela rikan diri ke rumah orang tua kerana:
Mereka lebih selesa bersendiri untuk beribadah kerana merasakan masa muda mereka telah mengabaikan amal ibadah. Anak-anak tidak meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan mereka.
Anak-anak terlampau membebankan mereka dengan kerja-kerja fizikal seperti menjaga cucu, membersihkan dan mengenai rumah, memasak, membasuh kain baju, berkebun, menjadi jaga atau pemandu atau sebagainya.
Masalah dengan menantu. Anda kena ingat, hak ibu dan bapa mentua adalah sama seperti hak ibu dan bapa sendiri.
Apakah peranan anak menantu?
- Pujuk ibu atau bapa anda tinggal dengan anda.
- Bincang dengan suami atau isteri untuk mempelawa ibu atau bapa anda tinggal di rumah anda.
- Bertoleransi.
- Banyak mengalah dengan ibu dan bapa.
- Selami hobi dan kegemaran mereka.
- Ubah suai jadual kita untuk memenuhi keperluan mereka.
- Selalu berkomunikasi dengan mereka.
Jangan nampakkan kesusahan diri kita. Ibu bapa tak mahu melihat kita susah kerana mereka telah merasi kesusahan ketika membesarkan kita.
Sebenarnya, inilah masanya kita pula susah untuk mereka. Muliakan mereka. Jangan meninggikan suara ke atas mereka.
Sumber: Nuna Harris Jr via utusanIslam
Leave a Reply