Doa Melembutkan Hati Seseorang Yang Keras Terutama Pada Suami Atau Isteri Dan Anak-anak

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Doa Melembutkan Hati Seseorang Yang Keras Terutama Pada Suami Atau Isteri Dan Anak-anak

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Dalam mengharungi kehidupan sesama insan di dunia ini terutama sekali pasangan yang sudah berkahwin tidak dapat dinafikan berlaku konflik sehingga salah seorang membawa diri dan mendiamkan diri.

Adakalanya permasalahan ini berlanjutan sehingga bertahun dan ada pihak yang akan mula tawar hati dan sudah tidak mampu di pujuk lagi. Namun bagi mereka yang betul-betul ingin berusaha menjernihkan keadaan yang sedang keruh dan berniat untuk memperbetulkan keadaan tidak salah untuk mengamalkan doa ini.

Doa Melembutkan Hati Yg Keras

Boleh ditujukan kepada sesiapa sama ada anak-anak yg degil & nakal, suami / isteri yg egois, adik beradik, ibu ayah, kawan-kawan atau siapa sahaja.

Bacakan selepas solat, baca doa ini sambil niatkan minta Allah lembutkan hati su fulan, sambil membayangkan wajahnya & hembus padanya.

Boleh juga dibacakan dalam air minuman sebelum beri dia (suami/isteri) minum atau bacakan di ubun-ubun semasa dia (anak) tidur. Istiqamah, berterusan, jangan putus asa. Wallahua’lam

Sumber : Darussyifa’ Via Petua Ibu














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*