Cara ‘Convert’ TV Lama Kepada Smart TV, Jangan Buang Jika Masih Ada.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara ‘Convert’ TV Lama Kepada Smart TV, Jangan Buang Jika Masih Ada.

Zaman serba moden dan canggih ini pelbagai barang lama masih boleh disimpan dan dijadikan lebih menarik. Antara idea yang boleh digunakan ialah dengan menukar TV lama kepada Smart TV. Boleh la lepasni layan netflix dengan Disney+.

HANYA EMPAT BARANG DIPERLUKAN, DAPAT TV ‘BARU’!

Menerusi perkongsian di laman Fbk, TV lama tidak perlu dibuang tetapi boleh ditukar kepada Smart Tv dengan menggunakan Android Box, HDMI to AV Converter dan RCA Cable.

CARA-CARA TUKAR KEPADA SMART TV

Sebelum mula, pastikan kena ada TV dan dekat TV ada RCA port seperti gambar diatas.

Kemudian boleh beli android box. Tak kisah Android box jenama apa, asalkan boleh tukar TV kepada Smart TV. Fungsinya nak memberi ‘otak’ kepada TV untuk menjadi smart.

Kalau tak ada idea nak beli jenama apa, boleh beli Mi Tv. Stick atau Mi Box S di Shopee.

Mi Stick: https://shp.ee/b6k7hd5

Mi Box: https://shp.ee/9864x2v

Kemudian kena ada HDMI to AV Converter. RCA Cable berwarna merah, kuning dan putih juga perlu dibeli. Fungsi RCA ini untuk disambungkan ke TV dengan Android Box.

Jeng jeng jeng! Lepas dah sambung boleh layan Netflix dekat rumah bersama keluarga. Tak ada lah bosan asyik tengok yang sama sahaja kan. Duit pun jimat tak perlu beli TV baharu. Asalkan ada 4 barang yang diperlukan terus jadi Smart TV. Selamat mencuba semua!

Sumber: Pemburu Tiket Murah














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*