Ganjarannya Sangat Besar Amalkan Doa Selepas Berwudhuk
SETIAP ibadat dalam Islam mempunyai kelebihan dan fadilatnya yang tersendiri. Dengan rahmat Allah jua, kadang-kadang amalan yang sedikit (pada ukuran dan pertimbangan manusia) namun ganjarannya amat besar di sisi Allah Ta‘ala. Kenalah kita manusia menerokai dan mencarinya supaya jangan terlepas dengan peluang-peluang untuk memperolehi ganjaran yang amat besar itu.
Membaca doa selepas berwuduk
Sunat membaca doa setelah sempurna berwuduk. Adapun cara membacanya ialah dengan menghadap kiblat dan mengangkat atau menadah kedua belah tangan ke langit. Manakala pandangan kedua mata ditujukan ke langit sekalipun dia seorang yang bvta.
Doa ini sunat dibaca sebaik sahaja selesai berwuduk tanpa diselangi oleh jangka masa yang terlalu lama menurut kebiasaan. Doa ini juga sunat disudahi dengan selawat dan salam ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi Wasallam. Adapun lafaz doa selepas wuduk itu ialah,
Ash-Hadu ‘Alla ‘ilaha ‘illallah, Wahdahu La-Shariika-Lah, Wa ‘Ash-Hadu ‘Anna Muhammadan ‘Abduhu Wa Rasuluh. Allahummaj ‘Al-Nii Minat-Tawwabiin, Waj-‘Al-Nii Minal-Mutatahiriin, Waj-‘Al-Nii Min-‘Ibadikas-Salihiin
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَشْهَدُ اَنْ لآاِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًاعَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِىْ مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِىْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ وَاجْعَلْنِىْ مِنَ عِبَادِكَ الصَالِحِينَ سُبْحَانَكَ اَلَّلهُمَّ وَبِحَمْدِكَ اَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوبُ اِلَيكَ
أمين
Ertinya :
“Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah hamba dan Utusan Allah. Ya Allah, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bersucI dan jadikanlah aku dari golongan hamba-Mu yang salih. Maha suci Engkau. Dan aku memohon ampunan serta bertaubat pada-Mu”
Sayyiduna Umar r.a. berkata telah bersabda Rasulullah saw yang artinya :
“Tidak ada seorang pun dari kamu yang mengambil wuduk dan disempurnakan wuduknya itu kemudian mengucapkan ‘Asyhadu allaa ilaha illallah wahdahu laa syarika lahu, wa asyhadu anna Muhammdan abduhu wa rasuluhu‘ kecuali dibukakan baginya lapan pintu syurga dan dia boleh masuk dari pintu mana saja yang dia suka.”
(HR. Muslim)
Dalam riwayat At-Tirmizi ada :“Allahummajnalni minattawwabiin wa ij’alni minal mutathohhiriin.”
Kita amalkan selalu doa selepas wuduk kerana ganjarannya yang sangat besar. Wallahua’lam
Sumber: Ustaz Azhar Idrus
Leave a Reply