Cara ‘Win’ Nak Pikat Hati Mak Mertua Supaya Anda Jadi Menantu Kesayangan
Pertama kali untuk berhadapan dengan ibu mertua merupakan antara pengalaman yang ngeri khususnya buat menantu perempuan. Mungkin ada yang pernah saling mengenali sebelum majlis perkahwinan namun semuanya akan berbeza sebaik majlis sudah selesai. Kalau ada ibu mertua yang garang atau cerewet, macam mana nak ambil hati mereka?
Buat anda yang selalu terfikir bagaimana cara untuk menambat hati ibu mertua dari hari pertama bergelar menantu, wanita ini ada kongsikan beberapa tips penting untuk anda ‘master’.
MACAM MANA NAK AMBIL HATI MAK MERTUA?
Pertama sekali yang anda perlu tahu adalah untuk menjaga hati mertua jika anda tinggal bersama mereka. Mungkin ada dalam kalangan anda yang akan tinggal bersama mertua dari tinggal secara sendiri pada awal perkahwinan. Disinilah anda perlu mengawal tingkah laku dan juga bergaul bersama keluarga ipar.
JANGAN MALAS MEMBANTU TERUTAMANYA HAL MEMASAK
Rutin memasak merupakan antara yang digeruni oleh menantu. Mana tidaknya bukan semua wanita mahir dalam memasak kan? Jangan risau jika anda merupakan seorang yang tidak mahir untuk memasak, membantu apa yang patut sudah memadai untuk menyejukkan hati si ibu mertua.
JANGAN SUKA JADI BATU API
Apabila berlaku sesuatu masalah, amat penting untuk anda sebagai si isteri atau menantu untuk tidak menjadi batu api dalam perhubu ngan keluarga mertua. Yang paling penting adalah apa sahaja mengenai hubu ngan anda dengan pasangan amat tidak digalakkan untuk ‘mengupdate’ di laman m3dia sos1al.
Jangan lupa untuk selalu memuji ibu dan ayag mertua tu. Mesti muka mereka sentiasa berseri-seri dan anda pun akan jadi menantu kesayangan.
Sumber : nurhaniniriani
Leave a Reply