Cara Mandi Nifas Atau Wiladah Selepas Melahirkan Anak Atau Kegvguran

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Cara Mandi Nifas Atau Wiladah Selepas Melahirkan Anak Atau Kegvguran

Pernahkah kita terfikir apa sebenarnya yang membezakan antara da rah haid, istihadah, da rah nifas dan apa pula yang dikatakan dengan wiladah?

Dalam artikel ini, kami kongsikan ulasan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai semua jenis da rah ini dan bagaimana cara untuk mandi wajib selepas melahirkan anak mahupun yang mengalami kegvguran.

Ikuti penjelasan di bawah ini.

KEWAJIPAN MANDI SELEPAS MELAHIRKAN ANAK ATAU KEGUGURAN

Kadang-kadang kita ada dengar orang bersalin tak keluar da rah nifas. Maka dia pun keliru, “Perlu tak aku mandi wajib?”

Kadang-kadang ada yang melahirkan secara C4es4rean dan bayi yang dilahirkan tidak keluar melalui f4 raj. Sekali lagi timbul persoalan, “Macam mana niat mandi wajib selepas melahirkan anak?”

Ada juga wanita yang mengalami kegu guran setelah mengalami penda rahan. Lantas dia kurang pasti sama ada ianya da rah istihadah ataupun nifas?

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berikut adalah penjelasan bagi situasi tersebut.

Kebiasaan bagi wanita bersalin akan keluar da rah nifas yang mewajibkan wanita itu mandi wajib. Jika wanita itu bersalin tanpa da rah apa pun, pandangan dalam mazhab Syafie, wanita itu tetap dikira berhadas besar dan wajib mandi.

Jika kandungan yang dilahirkan itu berbentuk alaqah (gumpalan da rah), atau mudghah (gumpalan daging) seperti dalam k3s kegu guran, tetap dikira wiladah dan wajib mandi.

Begitu juga kelahiran Cesa rean, yakni kandungan keluar bukan daripada f4 raj wanita tetapi melalui pembe dahan di kawasan abd0men, tetap mewajibkan mandi.

MANDI NIFAS DAN WILADAH SELEPAS MELAHIRKAN ANAK ATAU KEGVGURAN

Jika ditanya, apabila seseorang wanita itu bersalin dan bernifas, adakah dia perlu mandi dua kali; pertama akibat wiladah dan kedua akibat nifas?

Jawapannya ialah tidak perlu mandi dua kali kerana memadai mandi dengan sekali sahaja. Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili dalam al-Mu’tamad (1/137) :

“Jikalau terhimpun ke atas seorang wanita kewajipan mandi hadas haid dan janabah (seperti ji mak dan keluar ma ni), memadailah baginya dengan niat (mandi mengangkat hadas) salah satu daripada keduanya.

Begitu juga seorang yang berjunub kemudian m4 ti, dan orang yang berjunub kemudian haid, maka memadai bagi dua keadaan itu terangkat hadas dengan satu kali mandi.

Begitu juga jika seseorang itu berjunub, kemudian berhaid, kemudia dia m4 ti, cukup bagi wanita itu satu kali mandi untuk kesemua keadaan (hadas besar) itu.”

WAKTU MANDI WAJIB SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Jadi, bilakah waktu untuk mandi wajib akibat wiladah dan nifas?

Jawapannya ialah selepas bersalin dan apabila berhenti keluarnya da rah nifas dalam keadaan naqa’.

Keadaan naqa’ bermaksud betul-betul suci iaitu jika dimasukkan kapas ke dalam f4 raj lalu dikeluarkan tidak ada kesan-kesan da rah, kekeruhan atau kekuningan.

Jika da rah sudah berhenti tetapi jika dimasukkan kapas masih dilihat kesan da rah, warna keruh atau kekuningan, maka itu adalah keadaan fatrah yang menunjukkan masih dalam keadaan bernifas.

CARA MANDI WAJIB SELEPAS MELAHIRKAN ANAK ATAU KEGVGURAN

Cara mandi wajib selepas melahirkan anak atau kegvguran adalah sama seperti mandi wajib / mandi junub yang biasa kita lakukan akibat datangnya haid, keluar air ma ni atau selepas melakukan hubu ngan in tim.

RUKUN MANDI WAJIB

Ringkasnya, hanya ada 3 rukun mandi wajib yang perlu dilakukan agar sahnya mandi tersebut iaitu:

1. Berniat

Terdapat beberapa cara niat mandi wajib / nifas / wiladah seperti berikut:

  • Meniatkan setiap hadas besar yang dialami dan dimaksudkannya. Contoh, jika dia mengalami dua hadas besar iaitu nifas dan junub maka diniatkan kedua-duanya sekali. “Sahaja aku mengangkat hadas nifas dan junub”
  • Memadai niat hanya satu niat sahaja atau satu niat yang umum merangkumi kesemua hadas. “Sahaja aku mengangkat hadas akbar (besar)” atau “Sahaja aku sahaja aku menunaikan fardhu mandi atau seumpama dengannya”.

2. Menghilangkan Najis

Iaitu menghilangkan sebarang najis yang terlekat pada badan.

3. Meratakan Air Ke Seluruh Badan

Meratakan air ke seluruh anggota badan luaran serta membersihkan semua najis yang terdapat padanya.

LANGKAH MANDI WAJIB SECARA RINGKAS

  • Membaca ‘Bismillah’ ketika akan mandi.
  • Mengambil wudhuk sebelumnya sebagaimana amalan Nabi s.a.w.
  • Melalukan tangan di atas seluruh badan (menggosok-gosok) bagi menghilangkan kotoran yang melekat.
  • Mendahulukan membasuh yang sebelah kanan dari sebelah kiri.

MEMAHAMI DA RAH HAID, ISTIHADAH, WILADAH & DA RAH NIFAS SELEPAS BERSALIN

Banyak antara kita mungkin terkeliru sama ada da rah yang keluar terputus-putus adalah da rah haid, da rah nifas, atau istihadah. Berikut adalah penerangan mengenainya yang dipetik melalui laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

1. DA RAH HAID

Para pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji mentakrifkan haid sebagai berikut:

“Erti haid pada bahasa ialah mengalir. Manakala erti haid di sisi Syara’ ialah da rah semulajadi yang normal, keluar dari pangkal rahim perempuan yang telah baligh dalam keadaan sihat pada waktu tertentu.” Rujuk al-Fiqh al-Manhaji (1/77)

Waktu tertentu bermaksud, da rah yang keluar daripada rahim dalam tempoh 15 hari pada waktu kebiasaan haid, yakni bukan waktu suci, adalah dianggap sebagai da rah haid.

Ini sekalipun jika da rah itu keluar terputus-putus, dengan syarat da rah itu keluar selama sehari dan semalam, atau 24 jam. Ini kerana tempoh sepanjang-panjang haid ialah 15 hari. Rujuk Sabila al-Muhtadin (1/139).

Berkata Imam al-Nawawi:

“Dan tentang da rah yang seorang wanita hamil itu lihat (keluar daripa fa rajnya) ada dua pendapat; pendapat pertama yang lebih sahih ialah itu sesungguhnya adalah da rah haid. Pendapat kedua, itu adalah da rah istihadah, dan ini digunapakai oleh al-Jurjani dan ulama selainnya. Allah lebih mengetahui.” Rujuk Al-Majmu` Syarh al-Muhadzdzab (2/347)

Ini berbeza dengan mazhab Hanafi seperti yang disebut oleh Syeikh al-Imrani dalam al-Bayan fi Mazhab Imam al-Syafie (1/348):

“Adapun da rah yang seorang wanita hamil itu lihat maka padanya ada dua qaul; pertamanya ialah itu bukan haid bahkan adalah da rah rosak dan inilah yang menjadi pendapat Abu Hanifah, kerana wanita haid tidak mengandung, maka tidak juga berhaid seperti hu kum budak perempuan, ini kerana jika jika dia berhaid nescaya haramlah ke atasnya talak, dan nescaya iddah akan selesai dengan tiga kali suci. Pendapat kedua bahawa itu adalah haid dan pendapat ini adalah sahih.”

KESIMPULAN:

Sekiranya da rah berkenaan keluar pada waktu kebiasaan haid yakni bukan waktu suci maka da rah yang keluar itu adalah da rah haid. Begitu jugalah jika da rah itu keluar ketika mengandung atau sebelum ja nin yang gvgur.

2. DA RAH ISTIHADAH

Tentang da rah istihadah, ia adalah da rah yang tidak menepati definisi da rah haid, wiladah atau nifas.

Daripada Fatimah binti Abu Hubaish R.Anha, bahawa dia kedatangan da rah istihadhah, lantas Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذَا كَانَ دَمُ الْحَيْضَةِ فَإِنَّهُ دَمٌ أَسْوَدُ يُعْرَفُ فَإِذَا كَانَ ذَلِكَ فَأَمْسِكِى عَنِ الصَّلاَةِ فَإِذَا كَانَ الآخَرُ فَتَوَضَّئِى وَصَلِّى فَإِنَّمَا هُوَ عِرْقٌ

Maksudnya: “Jika da rah haid, maka sesungguhnya ia adalah da rah berwarna hitam yang dikenali. Jika ia bersifat demikian janganlah bersolat dan jika selainnya berwudhu’lah dan dirikan solat, kerana da rah itu ialah da rah penyakit.” Riwayat Abu Daud (286)

KESIMPULAN:

Jika da rah berkenaan keluar pada waktu suci daripada haid, maka darah itu adalah da rah istihadah. Begitu juga jika da rah itu keluar tidak cukup sehari semalam, maka itu adalah da rah rosak dan bukan haid atau pun nifas.

3. WILADAH

Pada asalnya, wiladah bukanlah sejenis da rah, sebaliknya ia merujuk kepada kelahiran anak itu sendiri sebagai sebab untuk mandi wajib.

Para pengarang al-Fiqh al-Manhaji (1/82) ada menyebut:

“Wiladah bermaksud melahirkan anak. Perempuan yang bersalin adakalanya tidak keluar da rah. Oleh yang demikian, hu kumnya sama dengan janabah. Ini kerana anak tersebut terjadi daripada air ma ni lelaki dan perempuan. Hukumnya tetap sama walaupun berbeza anak yang dilahirkan atau cara melahirkannya.”

Namun begitu, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama berkenaan sifat anak yang kegu guran; apakah wajib mandi jika yang lahir itu adalah ‘alaqah (segumpal da rah) dan mudghah (segumpal daging) yang diyakini sebenarnya adalah janin manusia?

Umum mengetahui bahawa tumbesaran janin dalam rahim adalah berperingkat.

Firman Allah ﷻ:

ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

Maksudnya: “Kemudian Kami ciptakan air be nih itu menjadi sebuku da rah beku. lalu Kami ciptakan da rah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makh luk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.” (Surah al-Mu’minun: 14)

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلقُهُ في بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثمَّ يَكونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ الْمَلَكُ، فَيَنفُخ فِيهِ الرُّوحَ،

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setitis ma ni (nutfah) selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi segumpal da rah (‘alaqah) selama empat puluh hari, kemudian menjadi seketul daging (mudhgah) selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya roh.” Riwayat al-Bukhari (6894) dan Muslim (2643)

Berkata Imam al-Nawawi dalam al-Majmu` (2/150): “Dan jika seorang wanita kegu guran dalam bentuk gumpalan da rah, atau ketulan daging, maka tentang kewajipan mandi itu ada dua wajah (pendapat dalam kalangan ashab); pendapat yang lebih sahih ialah wajib.”

Beliau menyebutkan dalam Raudhah al-Tolibin (1/174):

Maksudnya: “Dalam hu kum nifas, sama ada anak yang lahir itu dalam bentuk penciptaan yang sempurna, atau yang tidak sempurna, atau m4 ti, atau gu gur dalam bentuk ketulan daging atau segumpal da rah, dan apabila berkata para bidan: ‘Sesungguhnya ini adalah permulaan penciptaan manusia.’ Maka da rah yang wujud selepas itu adalah nifas.”

KESIMPULAN:

Sekiranya da rah itu telah dikenalpasti sebagai janin yang gu gur dalam fasa `alaqah, maka wajib mandi wiladah walaupun tidak diiringi penda rahan selepasnya.

4. DA RAH NIFAS

Da rah nifas ialah da rah yang keluar selepas bersalin.

Tempoh minimum nifas ialah sekelip mata (لحظة). Kadang-kadang ia berterusan hingga beberapa hari dan biasanya hingga 40 hari.

Manakala tempoh maksimumnya pula ialah 60 hari. Berdasarkan kajian Imam al-Syafie, da rah yang keluar melebihi tempoh tersebut adalah da rah penyakit. (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji (1/82))

KESIMPULAN:

Selari dengan keterangan di atas berkenaan da rah wiladah, da rah yang keluar selepas bersalin, sama ada kegu guran atau normal, maka itu adalah da rah nifas, setelah dipastikan oleh pakar perubatan.

SEMOGA LEBIH JELAS

Sebagai penutup, jika sudah dipastikan oleh pakar perubatan bahawa da rah yang keluar itu adalah janin, maka da rah yang keluar itu adalah `alaqah yang mewajibkan mandi.

Dan da rah yang keluar selepas itu sehingga 60 hari adalah da rah nifas yang mengharamkan ke atas wanita apa-apa yang diharamkan ke atas wanita berhaid seperti solat dan puasa.

Wallahua’lam.

Diharapkan penerangan ini memberi penjelasan bagi yang musykil. Semoga Allah memberi kita kefahaman serta kudrat untuk melaksanakan syariat sebaik mungkin. Amin.

Sumber Rujukan: AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 422 (2 NOVEMBER 2016 M / 2 SAFAR 1438H), JAKIM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*