Tak Ada Kesan Gam Sikit Pun Ini Cara Tanggal Roadtax Kereta Dengan Mudah

Tak Ada Kesan Gam Sikit Pun Ini Cara Tanggal Roadtax Kereta Dengan Mudah

Setiap tahun bila nak tukar road tax kereta, memang stres bila sticker tu melekat-lekat dekat cermin kereta kan. Maklumlah, bila asyik hujan, panas, hujan, memanglah sticker tu akan mengecut dan mengembang sampai dia jadi susah tanggal dari cermin kereta.

Jadi di sini kami kongsikan cara tanggal roadtax kereta dengan lebih mudah yang anda boleh cuba nanti.

CARA TANGGAL ROADTAX KERETA DENGAN MUDAH TANPA KESAN STICKER

1. Rendam kain dengan air panas.

2. Letakkan kain tadi di bahagian luar cermin kereta, iaitu betul-betul di atas roadtax yang hendak ditanggalkan.

3. Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.

4. Selepas 5-10 minit. tanggalkan roadtax berkenaan perlahan-lahan.

5. Dan hasilnya, tiada sedikitpun bekas gam yang ditinggalkan.

Mudah kan?

Jadi lepas ni bolehlah kita cuba cara ni supaya taklah pening kepala nak kikis semua gam-gam yang asyik terlekat masa buka roadtax tu. Tak perlu dah nak spray apa-apa, cuma guna air panas!

Selamat mencuba dan jom kongsikan dengan kawan-kawan jika anda rasa ianya bermanfaat.

Sumber: Debu Putih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*