4 Tips Pilih Daging Ayam Segar Dengan Betul

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

4 Tips Pilih Daging Ayam Segar Dengan Betul

Pemilihan ayam yang segar amat penting bagi memastikan ayam yang dimasak mempunyai khasiat yang diperlukan. Namun, masih ramai dalam kalangan kita yang keliru untuk membandingkan ayam bagaimanakah yang segar jika dinilai dari segi luaran.

Oleh itu itu, ini 4 tips yang anda boleh guna pakai apabila membeli ayam di pasaran bagi memastikan ayam yang dipilih masih segar dan cukup nutrisi.

1. PERHATIKAN WARNA DAGING AYAM

Apabila membeli ayam, perhatikan warna di semua bahagian termasuk di paha dan di bawah kepak JUGA. Ayam yang segar akan mempunyai daging berwarna kemerah-merahan. Manakala ayam yang lama akan mempunyai warna pucat dan kekuningan kerana sudah disimpan lama dan dibekukan beberapa kali.

2. RASAKAN TEKSTUR DAGING AYAM

Daging ayam segar akan mempunyai tekstur yang empuk apabila ditekan. Manakala ayam yang tidak segar akan tenggelam apabila di tekan.

3. PASTIKAN TIADA BAU YANG KURANG MENYENANGKAN

Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau busuk atau hanyir. Jika ayam mempunyai bau hanyir yang kuat dan tidak menyenangkan, ayam sudah lagi tidak segar dan tidak selamat untuk dimakan.

4. PERHATIKAN DA RAH PADA BAHAGIAN TULANG

Ayam yang segar tidak akan mempunyai da rah yang banyak pada bahagian tulang. Jika ayam mempunyai da rah yang banyak, ia bermakna ayam sudah tidak segar kerana telah dibekukan dan dinyahbekukan beberapa kali.

PANDUAN PENGEDALIAN DAGING AYAM YANG SELAMAT

Oleh itu, terdapat panduan tentang pengendalian daging ayam supaya sentiasa segar dan selamat dimakan digariskan oleh Kemnterian Keshatan Malaysia.

Sumber: Ratu Fyda, KKM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*