Surah Yasin Yang Kita Patut Tahu Kelebihannya
Membaca surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya kerana ia merupakan satu surah daripada surah-surah di dalam al-Quran.
Ini kerana Nabi SAW juga telah bersabda bahawa sesiapa yang membaca al-Quran akan mendapat pahala yang besar.
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ
Maksudnya:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.” [Riwayat al-Tirmizi, no. hadith 2835]
Tapi perasankah kita di m3dia s0s1al terlalu ramai yang menyebarkan pelbagai maklumat tentang kelebihan bacaan ayat-ayat dan surah-surah tertentu sedangkan ada daripadanya bukanlah berdasarkan hadis sahih.
Berikut adalah maklumat yang dapat kami kumpulkan menerusi 2 artikel iaitu Irsyad al-Hadith Siri ke-58 : Kelebihan membaca dan surah (يس) dan Majlis Ulama ISMA (MUIS).
Jadi, apa sebenarnya kelebihan surah Yaasiin serta hadis p4lsu / dhaif yang sentiasa dikaitkan dengan amalan membaca surah Yaasiin.
ANTARA KELEBIHAN SURAH YAASIIN
Surah Yasin adalah antara surah Makkiyyah (yang diturunkan di Mekah), mengandungi sebanyak 83 ayat.
Berikut adalah sebahagian hadis berkaitan Surah Yasin yang sering disampaikan (namun ia merupakan hadis dhaif):
1. “Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, hati bagi Al-Quran adalah Surah Yasin, barang siapa yang membacanya seolah-olah membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”
2. “Sesiapa yang membaca Surah Yasin pada waktu malam, dia akan bangun pagi dalam keadaan diampunkan dosa.”
3. “Sesiapa yang selalu membaca Surah Yasin pada setiap malam lalu dia mening gal dunia, maka dia dikira ma ti sy4hid.”
4. “Sesiapa yang memasuki ruang perku buran lalu membaca Surah Yasin, diringankan (az4b) bagi mereka (yang berada di dalam ku bur), dan baginya (pembaca) pahala kebaikan sebanyak mana orang (ma yat) yang berada di perku buran itu.”
Menurut Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin, Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS), dalam syariat Islam kita dibenarkan merujuk hadis dhaif dengan syarat ianya dirujuk sebagai hal berkaitan fadhilat akan sesuatu amalan dan bukan dijadikan sebagai hujah dalam hal hvkum hakam.
Secara umumnya, surah ini membincangkan isu-isu berkaitan ayat Makkiyyah seperti soal ketuhanan, balasan ke atas orang yang mendvstakan agama dan soal hari Kiamat.
Menurut JAKIM, Surah ini mempunyai banyak intipati yang sepatutnya direnung dan dihayati di samping membacanya, seperti kritikan dan penjelasan sikap kaum musyrikin (ayat 7 -12, 60-68), iaitu menggesa kita mengikis hati dari sifat k3ji.
Turut diceritakan bukti kewujudan hari berbangkit (ayat 31-54), perbincangan mengenai ilmu, rahmat dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas (ayat 71-83) dan sifat syurga yang disediakan untuk orang beriman (ayat
55-59).
Selepas kita memahami dan menyedari kedudukan al-Quran, kandungan surah Yasin, tuntutan, galakan dan kelebihannya, kita perlulah membina penghayatan yang mantap dalam diri kita.
Maka dalam hal ini, ia boleh dilihat sebagai suatu amalan ibadah yang baik kerana dalam majlis tersebut itu terhimpun palabagai amalan kebaikan seperti memupuk budaya membaca Al-Quran paling tidak seminggu sekali, memupuk semangat berukhuwah sesama muslim serta membudayakan melakukan amalan baik secara berjemaah.
Setelah melihat terhadap hadis-hadis yang menceritakan akan kelebihan surah Yasin ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan cenderung untuk mengatakan bahawa kebanyakan hadis yang menceritakan akan kelebihan surah Yasin adalah dhaif (lemah) atau palsu.
Namun kita sangat digalakkan dan dituntut untuk sentiasa melazimi dan membaca al-Quran tidak kira masa atau tempat, berdasarkan dalil umum yang terdapat di dalam al-Quran dan juga di dalam al-Sunnah al-Sahihah.
JADI, APA HUKUM MEMBACA YASIN PADA SETIAP MALAM JUMAAT?
Menurut Ustaz Firdaus lagi, tidak ada dalil yang menyebut waktu-waktu tertentu untuk membaca Surah Yasin seperti malam Jumaat, ketika kema tian mahupun ketika musim menghadapi peperiksaan.
Begitu juga tidak ada dalil yang melarang ia dibaca pada waktu-waktu tersebut.
Namun demikian, masyarakat kita juga perlu dididik supaya memahami bahawa amalan ini bukanlah suatu amalan ibadah yang wajib dilakukan bermaksud apabila minggu atau waktu khusus tersebut tidak dilakukan maka boleh membawa kepada dosa.
Jika kesalah fahaman ini yang berlaku dalam masyarakat kita maka ianya perlu kembali diperbetulkan supaya tidak berlaku salah faham dalam menokok tambah perkara yang sedia ada dalam syariat.
KESIMPULAN
Amalan membaca Surah Yasin ini hendaklah dilihat sebagai suatu amalan sunat yang apabila dilakukan akan mendapat pahala namun jika ditinggalkan tidak membawa kepada dosa.
Selepas kita memahami dan menyedari kedudukan al-Quran, kandungan surah Yasin, tuntutan, galakan dan kelebihannya, kita perlulah membina penghayatan yang mantap dalam diri kita.
Sumber: muis.org.my
Leave a Reply