Golongan Yang Akan Berdiri Di Hadapan Allah Di Padang Mahsyar, Ramai Yang Nak Jadi Golongan Yang Pertama
Sebagai umat Islam, kita percaya bahawa adanya hari dimana semua manusia akan berkumpul di padang Mahsyar untuk dihisab. Kita juga mengetahui bahawa akan terdapat golongan tertentu di akhirat nanti. Tidak dapat dinafikan bahawa perasaan takut akan muncul apabila berbicara mengenai perkara yang berkaitan sesudah ma ti.
Tetapi, kita hendaklah bersedia menghadapi realiti sebenarnya iaitu dunia tidak akan kekal abadi. Persoalannya, golongan yang mana satu kita berada?
Mari kita hadam perkongsian menarik daripada Dr Hana Hadzrami mengenai golongan di Mahsyar. Terdapat 3 jenis golongan iaitu:
1. Golongan Kanan (Ashābul-Yamīn)
Mereka di dunia adalah orang-orang beriman dan beramal soleh. Mereka akan mendiami taman syurga dan isteri mereka suci lagi secantik bidadari.
Golongan ini terdiri dari ramai umat terdahulu dan ramai juga umat terkemudian. [Quran 56:39-40]
2. Golongan Kiri (Ashabus-Shimāl)
Golongan malang ini terdiri daripada mereka yang ingkar pada perintah Allah. Tidak semestinya terdiri dari orang kafir sahaja malah orang Islam yang tidak patuh (mela wan) pada perintah Allah dan para mun4fiqūn.
Mereka akan beroleh samada az4b yang berat (Azābun Syadīd) bagi orang k4pir dan ingkar ataupun az4b yang tak terperi sakitnya, malah semakin menyakitkan (Azābun Alīm) bagi orang mun4fik.
3. Golongan As-Sābiqūn.
Mereka adalah golongan yang TERBAIK. Mereka di dunia sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan (bermusabaqah). Setiap perintah Allah dijunjung dan diutamakan lebih dari segala-galanya.
Mereka bukan sahaja akan beroleh istana di dalam syurga dan Hūrul Ain (Bidadari Yang Bermata Cantik), malah berjiran dengan Para Nabi dan berdekatan dengan Takhta Allah. Bermakna mereka akan beroleh nikmat terhebat di syurga iaitu berpeluang melihat Allah SWT setiap waktu.
أُولَٰئِكَ الْمُقَرَّبُونَ
“Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah).” [Quran 56:11]
Golongan ini terdiri daripada ramai umat terdahulu dan sedikit sahaja dari umat terkemudian. [Quran 56:13-14]
Diharapkan anda semua dapat mengambil iktibar daripada perkongsian ini untuk menjadi seorang yang lebih baik dan teruskan berdoa supaya termasuk dalam golongan yang baik-baik.
Leave a Reply