Cara Nak Pastikan Telekung Kekal Putih Tak Kuning Dengan Kaedah Ini

Cara Nak Pastikan Telekung Kekal Putih Tak Kuning Dengan Kaedah Ini

Telekung merupakan antara kelengkapan bagi wanita untuk menunaikan solat. Setiap kali solat, kita pasti dapat beribadah dengan lebih khusyuk dan tenang jika telekung kita dalam keadaan bersih. Tetapi lama kelamaan, telekung putih akan mulai bertukar kekuningan, kotor dan berlapuk, jika dibandingkan dengan telekung bercorak atau berwarna.

Bahagian muka dan kaki biasanya akan mudah kotor. Jadi, antara cara bagi memastikan telekung kita sentiasa dalam keadaan bersih adalah seperti berikut:

1. Pastikan wajah benar-benar kering dan pastikan tiada sisa solek yang tinggal.

2. Gunakan tisu atau tuala untuk memastikan kawasan muka benar-benar dalam kering sebelum memakai telekung.

3. Rendam telekung dengan air rebusan lemon sekurangnya satu jam, kemudian basuh dengan air dan sabun cuci biasa.

4. Cuci telekung dengan baking soda. Caranya, campur 250 gram baking soda dengan empat liter air, kemudian rendam telekung selama 5 minit.

5. Tambahkan cuka dalam air rendaman bersama dengan bahan pencuci. Rendam telekung selama 10 minit, kemudian bilas hingga bersih.

Selamat mencuba.

Kredit: syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*