10 Aurat Yang Sering Wanita Abaikan, Mengalir Dosa Macam Air Tanpa Disedari

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

10 Aurat Yang Sering Wanita Abaikan, Mengalir Dosa Macam Air Tanpa Disedari

Memang tidak mudah untuk selalu istiqomah dan menjadi muslimah yang baik, tetapi segala hal tersebut layak untuk diusahakan. Untuk menjadi muslimah sejati atau wanita solehah menurut islam, seseorang itu harus memenuhi segala kewajipan baik sebagai seorang anak, isteri, ibu dan peranan lainnya dalam kehidupan. Ia boleh dimulakan dengan menutup aurat.

Ramai yang tidak sedar bahawa aurat perempuan itu penting tetapi tetap tidak mempedulikannya. Menutup aurat bagi seorang Muslimah di hadapan golongan yang bukan mahramnya adalah suatu kewajipan.

Hukum Buka Aurat Perempuan

Jika menutup aurat adalah wajib maka jika mendedahkan aurat sahaja sudah dikira berdosa. Hukumnya haram bagi sesiapa yang membuka aurat. Aurat perempuan adalah dari seluruh anggotanya kecuali muka dan kedua telapak tangan.

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di suatu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar.

Lalu sebagai respon Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas riwayat Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani. Ia menunjukkan bahawa aurat perempuan itu wajib dijaga dari pandangan seseorang yang bukan mahram.

10 Jenis Aurat Perempuan Yang Ramai Tidak Tahu Dan Sedari

1. Tumit Kaki

Pandangan ulama mengatakan bahawa kaki wanita itu adalah aurat perempuan berdasarkan sebuah hadith riwayat Umm Salamah R.Anha yang mana pernah bertanyakan kepada Rasulullah SAW:

أَتُصَلِّي الْمَرْأَةُ فِي دِرْعٍ وَخِمَارٍ لَيْسَ عَلَيْهَا إِزَارٌ قَالَ ‏ ‏ إِذَا كَانَ الدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّي ظُهُورَ قَدَمَيْهَا

Maksudnya: Adakah boleh seorang perempuan itu solat dengan memakai baju dan tutup kepala tanpa memakai izar (kain yang dipakai di bahagian bawah badan). Balas Nabi SAW: “Boleh, jika baju itu labuh sehingga menutupi kedua-dua belah kaki”.

Riwayat Abu Daud (640): Oleh itu, janganlah seorang wanita menampakkan kaki dan menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki kerana kaki itu adalah aurat wanita.

2. Muka dan Tangan

Kita selalu diajar atau didedahkan bahawa aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Ini bermakna belakang tapak tangan ialah aurat yang perlu ditutup.

Mungkin kerana itu, kita dapati sebahagian wanita menutup belakang telapak tangan mereka dengan kain. Tambahan, kini sudah ada terjual sarung tangan (hand sock) yang menutup bahagian belakang tapak tangan.

Hakikat yang sebenarnya, aurat wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan pergelangan tangan. Maka itu, seluruh pergelangan tangan adalah bukan aurat. Ini bermakna bukan tapak tangan sahaja bukan aurat malah belakang tapak tangan juga termasuk bukan aurat wanita.

3. Dada

Ramai para muslimah yang sudah mula bertudung. Itu adalah perkara baik yang harus kita puji namun sayang sekali kerana mereka bertudung menampakkan bentuk dada. Tahukah anda, bentuk dada adalah aurat perempuan?

Berdasarkan surah An-nur ayat 31, “Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”.

Hal ini demikian kerana, banyak sebab mengapa islam menyuruh kita menutup dada dan antaranya adalah anda akan merasa selamat kerana dapat menghalang diri sendiri dari terjebak dengan gejala s0sial.

Kebaikan menutup dada ini tidaklah memudaratkan sebenarnya malahan dapat membantu kita dalam menangangi fitnah yang semakin berleluasa.

4. Leher

Ramai muslimah yang memakai turban beranggapan bahawa aurat perempuan itu hanyalah menutup rambut sahaja tetapi hakikatnya islam menyuruh kita menutup semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Menggayakan turban yang menampakkan leher adalah suatu fesyen pada masa kini, sebab itulah tiada sesiapa yang mengambil tahu tentangnya. Ketahuilah bahawa leher juga merupakan aurat perempuan yang kita perlu jaga supaya tidak menampakkannya dan membawa kepada dosa.

5. Minyak wangi

Nabi SAW bersabda: ”Sesiapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi dan kemudian keluar untuk pergi ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga dia mandi dahulu dan membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut”

Hadis ini menjelaskan bahawa siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian sehingga suatu kaum itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zi na dan tiap-tiap mata ada zi nanya terutamanya hidung.

Masyallah, rupanya ia juga merupakan salah satu aurat perempuan yang harus kita semua jaga dengan baik sekali. Janganlah sesekali menarik perhatian seorang lelaki dengan cara berwangian.

6. Memakai pakaian yang nipis

“Sesungguhnya sebilangan ahli nera ka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telan jang dan menarik orang lain untuk melakukan mak siat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Itu bermaksud wanita yang berpakaian tipis atau jarang, ketat atau membentuk dan berbelah atau membuka bahagian-bahagian tertentu dengan sengaja adalah diharamkan. Oleh itu, memakai lah pakaian yang labuh dan sedikit tebal bagi tidak menampak kan svsuk tu buh.

7. Mata

Berdasarkan petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Keterangan sabda Nabi Muhamad SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama saja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram”.

Mata di sini tidaklah aurat kerana ianya sebahagian daripada muka. Tetapi mata di sini adalah bermaksud kita hendaklah menundukkan pandangan kepada seorang yang bukan mahram.

Jika kita berpandangan mata, kita akan mendekati jalan zi na. Oleh itu, islam menyuruh kita agar menundukkan pandangan. Berzi na dengan mata dan bertentangan mata menjadikan pandangan bukan mahram itu seperti aurat perempuan.

8. Suara

“Janganlah perempuan itu terlalu mendayu-dayu dalam berbicara sehingga orang yang mendengarkan ada perasaan didalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik”.

Jelas bahawa suara seseorang wanita itu adalah aurat perempuan. Suara wanita tidak boleh diperdengarkan dengan kuat kerana seorang wanita hendaklah menjaga adabnya ketika berbicara. Jika hendak bicara, mestilah hanya perkara yang penting dan berfaedah sahaja.

9. Rambut

Perempuan yang akan digantung rambutnya sehingga mendidih otaknya dalam nera ka adalah mereka yang tidak mahu menutup rambutnya dari pandangan lelaki yang bukan mahramnya. Rambut adalah aurat perempuan yang banyak tarik wanita ke nera ka.

Walaupun sehelai rambut yang terkeluar dari anak tudung sehingga bukan mahram dapat melihatnya juga dikira berdosa. Rambut adalah aurat paling susah untuk dijaga kerana ramai yang memakai tudung tetapi tidak menyedari bahawa ada sehelai rambut yang terkeluar dari anak tudungnya.

Oleh itu, jagalah aurat perempuan ini sehabis baik. Rambut itu adalah mahkota bagi muslimah dan wanita lain. Biarkan orang yang muhrim sahaja dapat melihatnya seperti ibubapa, adik beradik dan suami.

10. Bers3ntuhan

“Kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis dengannya dan tidak halal baginya”.

Petikan itu membawa maksud, kita sebagai seorang muslim haram untuk bersentuhan dengan lelaki yang bukan mahram walaupun melibatkan kerja. Ramai tidak tahu bersentuhan itu juga seperti aurat perempuan.

Perkara yang memudaratkan untuk kita bersentuhan dengan lelaki dan perempuan adalah sewaktu memeriksa kesihatan seperti doktor. Itupun jika tidak ada seorang pun doktor perempuan di hospital itu, kita diharuskan.

Itulah dia 10 aurat perempuan yang ramai tidak sedar. Harap semua dapat jelas dan faham aurat-aurat perempuan yang wajib dijaga dan ditutup. Semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*