Bayi Sering Menangis Bukan Sebab Lapar Nak Susu Tapi Gangguan Makhlvk Halus

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Bayi Sering Menangis Bukan Sebab Lapar Nak Susu Tapi Gangguan Makhlvk Halus

Setiap bayi yang baru lahir akan menangis secara purata dua jam setiap hari. Ada pelbagai sebab yang menyebabkan bayi itu menangis antaranya adalah mereka lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan merasa sejuk atau panas.

Pernah tak alami anak menangis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu?

Bayi pula selalunya anak menangis berlebihan terutama pada waktu petang dan malam, sehingga kita menyangka ada gangguan makh luk halus. Mungkin benar ada gangguan seperti itu.

Mak mertua dan ipar selalu menyangka kita tidak memberikan susu yang cukup pada bayi kita. Memaksa kita memberikan lebih banyak susu pada hal bayi kita tidak lapar. Kita tahu anak kita sendiri.

Pada hal ia hanya disebabkan oleh masalah dinamakan “infantile colic”. Para doktor mengatakan ia disebabkan masalah ketidakhadaman, angin atau usus yang terlalu sensitif kepada protein tertentu yang terkandung di dalam susu formula atau susu ibu.

Selalunya ia bermula ketika bayi berusia dua minggu dan memuncak ketika bayi berusia enam minggu. Kadangkala keadaan ini boleh berlarutan sehingga bayi berusia enam bulan. Anak tidak lagi mengalami masalah ini apabila bayi usia tiga atau empat bulan.

Ketika bayi menangis, tangan bayi tergenggam erat, kaki mengerekot, badan berpeluh-peluh serta muka bertukar kemerah-merahan seolah-olah mereka di dalam kesakitan yang amat sangat

Ia juga boleh menyebabkan perut bayi menjadi kembung kerana tertelan angin akibat menangis terlalu lama yang boleh menyebabkan bayi menjadi tidak selesa.

Namun jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Bayi yang mengalami masalah colic sepatutnya kelihatan sihat dan mempunyai peningkatan berat badan yang baik.

Jika jika tangisan kuat ini berserta dengan demam, sukar bernafas, sa wan, muka kelihatan pucat atau biru, tidak menyusu dengan baik dan muntah yang berterusan atau berak berdarah, ia bukanlah masalah yang biasa.

Jika ada masalah seperti ini, saya mencadangkan agar urut lembut anak pada abdomen, belakang dan anggota tangan dan kakinya menggunakan minyak kelapa da ra.

Bawa untuk pemeriksaan doktor jika keadaan ini berulang bagi membezakan keadaan ini dengan keadaan yang lebih berba haya.

Tanda-tanda bayi anda menangis bukan kerana faktor kesihatan atau lapar tapi kerana gangguan seperti berikut:

  • Matanya melilau melihat sekeliling
  • Menangis yang tiada air mata
  • Menangis seolah seperti dicubit(nada tangisan semakin tinggi)
  • Riak wajah bayi seperti dalam ketakutan
  • Tidur di selang seli dengan tangisan

Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari (contoh bayi anda bila masuk sahaja waktu maghrib mesti menangis sebelum itu dan di waktu tengah malam tak menangis, dan ini berlaku setiap hari atau bayi anda tidur lena tapi bila sampai waktu tengah malam dia mesti terjaga dan menangis)

Waktu senja pintu atau tingkap rumah tak tutup dan ahli keluarga anda keluar masuk rumah

Apa yang patut anda lakukan?

  • Bertenang dan bersabar.. Jangan panik dan jangan marah-marah
  • Baca ayatul Qursi 3x dan tiup dari ubun-ubun bayi sampai kakinya
  • Baca ayat 9 dari surah yasin 1x:

وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُون

“Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat Melihat” -QS. Yasin (36):9-

Berhenti pada kalimah sadda (سَدًّ) dan doa dalam hati agar bayi anda terhijab dari melihat j1n\syai tan dan bayi anda didinding dengan pendinding yang kukuh supaya tidak boleh disentuh oleh j1n.. Kemudian sambung baca dan berhenti sekali lagi pada kalimah sadda (سَدًّ) dan doa lagi dalam hati seperti tadi, kemudian habiskan bacaan dan tiup pada ubun-ubun bayi.

PERINGATAN:

  • Jadikan ayat-ayat di atas sebagai amalan harian (bila dah berlaku baru nk baca biasanya tak jadi)
  • JANGAN SESEKALI BERJUMPA BOMOH (bila jumpa bomoh biasanya bomoh akan bagi benang hitam dipakaikan ditangan bayi)
  • Benang hitam itu termasuk tangkal yang diharamkan dalam islam kerana SYIRIK.

Sumber: Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel via FB Sarah Nur Al-Islam

Kredit: Pa&Ma

Semoga bermanfaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*