Ada Yang Meravng Berjalan Sambil Menyesal, Ini 3 Golongan Manusia Di Mahsyar

Ada Yang Meravng Berjalan Sambil Menyesal, Ini 3 Golongan Manusia Di Mahsyar

Dalam satu riwayat dinyatakan, seseorang akan tenggelam dalam peluh berdasarkan kadar dosa yang dilakukannya. Di atas hamparan yang rata tiada bertepi itu manusia akan dikumpulkan dalam tiga kelompok.

Daripada Huzaifah Ibn Asad yang mengatakan bahawa sahabat Abu Zar R.Anhu bangkit berdiri lalu berkata: “Hai Bani Ghifar, katakanlah janganlah kalian berselisih kerana sesungguhnya orang yang benar dan dibenarkan (yakni Nabi SAW pernah bercerita kepadaku bahawa manusia dikumpulkan (kelak pada hari kiamat) menjadi tiga golongan.

“Satu golongan dalam kalangan mereka berkenderaan, mendapat makanan dan diberi pakaian manakala satu golongan lagi diiring dengan berjalan kaki dan juga sambil berlari-lari dan satu golongan lain pula diseret oleh para malaikat di atas wajah mereka, lalu diiring ke nera ka.”

Maka salah seorang antara mereka bertanya kepada Abu Zar mengenai kedua-dua golongan berkenaan: “Kami sudah memahaminya, lalu bagaimanakah pula dengan orang yang diiringi dengan berjalan kaki sambil berlari?”

Abu Zar menjawab, “Allah menimpakan penyakit kepada semua kenderaan sehingga ma ti semua, tiada seekor kenderaan pun dapat bertahan hidup sehingga ada seorang yang mempunyai kebun yang paling disukainya rela menukarkan dengan seekor haiwan berkenderaan sebagai tunggangannya, tetapi dia tidak mampu mendapatkannya.” (Riwayat Ahmad dan turut diriwayatkan oleh al-Nasa’i dan al-Hakim)

Dalam buku 40 Hadis Huru Hara Kiamat, hadis itu menjelaskan, kelompok manusia pertama akan dihimpunkan dalam keadaan sangat bertuah dan dipermudahkan urusan hisabnya di Mahsyar kerana mereka dapat menunggang kenderaan, berpakaian serta diberi makanan.

Golongan itu adalah mereka yang beriman dan sentiasa bersedia dengan amalan ketakwaan ketika di dunia.

Golongan kedua, mereka akan diseret serta disungkurkan muka ke bumi akibat kufur kepada Allah SWT. Kemudian, mereka akan dimasukkan ke dalam nera ka oleh malaikat secara kasar dan keras.

Golongan ketiga pula adalah mereka yang berjalan kaki dan berlari-lari. Tiada kenderaan buat mereka sebaliknya, Allah SWT menjadikan semua unta (kenderaan) ketika itu berpenyakit sehingga semuanya ma ti dan tidak dapat dijadikan tunggangan di Padang Mahsyar.

Golongan yang berjalan kaki dan berlari-lari itu adalah mereka yang banyak melakukan dosa dan mak siat.

Kesimpulannya, hadis itu membuktikan amalan dan iman seseorang di dunia akan menjadi bekalan sangat berharga pada hari akhirat.

Sesiapa yang berjaya menyediakan bekalan ketika hayatnya di dunia ini pasti akan dapat ‘menuai’ hasilnya pada hari berkenaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*