Kalau Nak Hidup Rasa Tenang, Ini Pesanan Kepada Kita Semua
Ibarat air dicincang tak akan putus, begitulah betapa kuatnya ikatan adik beradik. Setelah ibu, bapa tiada…adik-beradiklah menjadi tempat menumpang kasih. Oleh sebab itu hubungan adik-beradik harus dijaga biar pun masing-masing memiliki kehidupan masing-masing.
Ketika kecil membesar bersama, sudah tentu banyak kenangan dicipta. Oleh itu, jangan sia-siakan kasih sayang yang terjalin. Ketahuilah orang yang tak ambil berat soal adik-beradik, hidupnya tidak ada keberkatan.
Ikuti perkongsian Dai’ Hamidah dan hadam baik-baik:
Orang yang tolak adik-beradik, orang yang tak ambil berat soal adik beradik . Orang itu hidupnya tidak ada keberkatan. Manusia yang bijak dia akan memanfaatkan adik beradiknya untuk dia peroleh kelebihan yang dijamin Baginda Nabi SAW.
APA YANG NABI MUHAMMAD S.A.W JAMIN SEPERTI MANA YANG KITA BIASA DENGAR MAFHUMNYA ORANG YANG BERUSAHA NAK JAGA SILATURAHIM INI DIA AKAN DIPANJANGKAN UMUR DALAM KEBERKATAN DAN DIMURAHKAN REZEKI.
(REZEKI JANGAN HANYA FAHAM HARTA KAYA SEMATA-MATA, IA LEBIH DARI ITU). DUA PERKARA INI IMPAKNYA SANGAT BESAR DALAM KEHIDUPAN JIKA KITA CUBA FAHAMI SEDALAM-DALAMNYA.
Hormat dan Berkasih Sayang Dengan Adik Beradik
Kedua sebagai manusia kita tidak perlu sombong dengan manusia lain terutama adik beradik sebab kita tak pasti penghujung hidup kita kisahnya bagaimana. Dan matinya kita nanti bukan kita yang akan mandikan sendiri.
Jadi hormat dan berkasih-sayanglah. Buang rasa megah dalam diri sebelum Allah campakkan penyakit “Ron“ seperti mana yang diceritakan baginda nabi kita dalam sebuah hadis yang sohih iaitu hati jadi batu.
Batu yang mana tidak hairan dengan keadaan sekeliling dan tak peduli hal yang baik-baik . Kalau sudah jadi sampai ke peringkat ini, maka ia akan termasuk golongan cela ka dan kelak dia akan menyesal yang teramat sangat.
Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit berba haya ini dan kehidupan kita dilimpahi barokah wa rahmah oleh Allah Azza Wajalla.
Semoga hubungan kita adik-beradik sentiasa dekat dan diberkati Allah selalu.
Kredit : kataustaz
Leave a Reply