Doa Yang Dibaca Oleh Arw4h Dr. Haron Din Bagi Menghalau Gangguan Makhlvk Halus
Ramai yang sangka pada zaman moden ini, si hir atau gangguan j1n tak mungkin boleh berlaku. Tapi malangnya, masih ada lagi perkara ini berlaku dalam masyarakat zaman sekarang.
Sebab itu lah dalam hal melindungi diri dan rumah daripada gangguan makhlvk halus ini, Nabi SAW telah mengajar kita beberapa panduan yang boleh diamalkan. Dalam agama Islam sendiri membenarkan kita memagar rumah selagi mana dengan dibacakan ayat-ayat ruqyah daripada al-Quran dan sebagainya yang boleh menjadi pendinding daripada gangguan sya1tan.
Antaranya adalah dengan membacakan surah al-Baqarah dan ayat al-Kursi. Nabi SAW juga mengajar kita untuk membaca doa ketika ingin masuk ke dalam rumah.
Almarhum Dato’ Dr. Haron Din ketika mengulas berkenaan isu memagar rumah dan kediaman, menyebut: “Sebaik-baik cara bagi memagar rumah adalah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran dalam rumah itu.” (Lihat Kaedah Merawat Susuk, hlm. 48)
Jelas bahawa perlindungan diri dan tempat tinggal boleh dilakukan dengan mengamalkan ayat-ayat seperti Surah al-Baqarah dan ayat Kursi sepertimana disebut dalam hadis Nabi SAW.
لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya sya1tan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” – Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735)
Menurut Ibnu Mas’ud R.A pula, kata beliau:
إِنَّ الشَّيْطَانَ إِذَا سَمِعَ سُورَةَ الْبَقَرَةِ تُقْرَأُ فِي بَيْتٍ، خَرَجَ مِنْهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya sya1tan, apabila mendengar surah al-Baqarah dibacakan di dalam rumah, maka dia akan keluar daripada rumah tersebut.” – Riwayat al-Tabrani dalam Mu’jam al-Kabir (8642) dan al-Darimi (3422)
Doa mohon Perlindungan
Doa Mohon Perlindungan Keluarga
Doa Mohon Perlindungan Dan Keselamatan
Doa Mohon Perlindungan Sya1tan
Doa Perlindungan Untuk Bayi
Video Dato Tuan Guru Haron Din Doa Halau Jin Dan Makhluk Halus dari Rumah
Ada banyak doa perlindungan yang boleh diamalkan. Semoga diri kita dan keluarga sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT.
Kredit: zayan
Leave a Reply